Skip to main content

Kulit si manja yang sangat lembut itu merupakan perisai yang unik dan penting. Ia menawarkan perlindungan daripada ancaman dunia luar - tetapi ia juga memerlukan perlindungan. Apabila anda menjaga kulit si manja, anda turut merangsang derianya, mengeratkan ikatan anda berdua dan menggalakkkan perkembangannya yang sihat.

Kulit si manja memainkan peranan yang penting dalam mengekalkan kesihatannya. Ia juga penting dalam mempertahankan bayi anda daripada bahan perengsa, kuman dan bakteria. Kulit juga mengawal suhu dalaman si manja dan merupakan alat untuk menerokai dunianya melalui sentuhan.

Kulit si manja adalah berbeza daripada kulit orang dewasa. Ia mungkin kelihatan sempurna, tetapi ia sangat sensitif. Oleh itu, ia memerlukan perlindungan dan penjagaan yang khas sepanjang tahun pertama kehidupan bayi anda. Berbanding dengan kulit orang dewasa, kulit bayi:

  • Lebih kurang 30% lebih nipis
  • Boleh kehilangan lembapan dengan lebih cepat
  • Lebih mudah mendapat kerengsaan
  • Menyerap air pada kadar yang lebih cepat dan boleh kehilangan air dengan lebih cepat juga

Oleh sebab kulit si manja adalah lebih sensitif, ia memerlukan lebih perlindungan daripada perubahan alam sekitar dan pembersih yang merengsakan. Dengan itu, apabila menjaga si manja, gunakan pembersih dan pelembap yang lembut, yang dirumus khas untuk bayi seperti JOHNSON’S® top-to-toe baby wash dan JOHNSON’S® baby lotion.

Sama ada anda memandikan si manja atau menyapukan pelembap, anda melakukan lebih daripada sekadar membantu mengekalkan kesihatan kulitnya. Dengan tangan anda yang lembut itu, anda juga membina ikatan yang istimewa dengan si manja melalui kuasa sentuhan anda.

Apabila si manja semakin membesar, dia akan mula meneroka -

dan anda mungkin perlu mencuci muka dan tangannya dengan lebih kerap. Cuba gunakan pembersih yang mengembalikan kelembapan kulit si manja dengan lembut. JOHNSON’S® baby TOP-TO-TOE™ wash membersih tanpa merengsakan dan menjadikan kulit si manja terasa lembut apabila disentuh.

Menjaga Kulit Bayi Anda

Petua menjaga kulit halus si manja

Menyapukan losyen bukan satu-satunya cara untuk membantu memperbaik kulit bayi yang kering. Lawati BabyCenter® untuk mempelajari cara lain anda boleh membantu memastikan kulit si manja lembut dan licin.

Para ibu di seluruh dunia yakin dengan penjagaan bayi oleh JOHNSON’S®

Kami bekerjasama dengan para ibu, pakar penjagaan kesihatan dan saintis bagi memastikan produk kami terus mencapai piawaian tertinggi dalam keselamatan, kualiti dan penjagaan.

Back to Top