Skip to main content

Jari-jemari tangan dan kaki yang kecil, mata, telinga dan hidung yang mungil. Semua itu mestilah dipastikan bersih dan sihat sentiasa. Di sini kami menyediakan petua mudah tentang cara untuk melakukannya.

Jangan sekali-kali memasukkan sebarang benda terus ke dalam telinga, mata atau hidung si manja. Lap apa-apa cecair yang mengalir dari mata, mulut, hidung atau cuping telinga si manja dengan bebola kapas lembut yang dilembapkan.

Telinga Bayi

Tumpukan untuk membersihkan bahagian luarnya. Walaupun kedai ubat menjual banyak alat pembersih telinga dan formula untuk bahagian dalamnya, hanya doktor anda yang boleh memberitahu sama ada anda memerlukannya. 

Pilihan yang baik untuk membersihkan telinga si manja ialah produk yang dirumus khas untuk bayi, seperti kapas. Berhati-hati apabila membersihkan telinga si manja - bersihkan apa-apa yang boleh anda lihat sahaja - jangan masukkan sebarang benda jauh ke dalam saluran telinga atau hidung bayi anda.

AWAS: Apabila membersihkan telinga, jangan masukkan apa-apa ke dalam saluran telinga; buang kotoran dan tahi telinga yang kelihatan di sekeliling permukaan luar telinga sahaja. Penggunaan yang tidak betul boleh menyebabkan kecederaan.

Mata Bayi

Pegang kepala si manja, bersihkan kawasan sekitar setiap mata dengan perlahan-lahan menggunakan bebola kapas yang dilembapkan dengan air yang bersih dan suam. Gunakan bebola kapas yang baharu untuk setiap mata dan sentiasa lap dari sudut bahagian dalam mata ke arah luar.

Hidung Bayi

Jika hidung si manja tersumbat, terdapat beberapa perkara yang boleh anda lakukan untuk memberikan kelegaan yang lembut. Sila berbincang dengan doktor si manja tentang penggunaan titisan air garam atau picagari berbebuli getah (untuk menyedut hidung) untuk melegakan hidung yang tersumbat.

Anda boleh menggunakan bebola kapas yang dibasahkan untuk membersihkan hingus kering di sekitar hidung bayi. Pastikan anda mengelap dengan gerakan yang menjauhi hidung. Untuk mengelakkan kerengsaan di bawah atau sekitar hidung, anda boleh menggunakan krim pelindung kulit yang dirumus khas untuk bayi. Anda juga boleh cuba memberi si manja mandian suam dengan JOHNSON’S® baby bath milk + rice.

AMARAN KESELAMATAN: Jauhkan daripada jangkauan kanak-kanak. Jangan gunakan tanpa berunding dengan doktor terlebih dahulu jika anak anda menghidap asma atau alahan atau keluarga anda mempunyai sejarah asma atau alahan. Masalah pernafasan yang serius boleh berlaku.

Kuku Bayi

Potong kuku si manja dengan kerap untuk menghalangnya daripada menggaru kulitnya dan menyebarkan jangkitan. Ini kerana kuku boleh menyimpan kotoran dan kuman. Potong kuku sejurus selepas mandi kerana waktu ini kuku lebih lembut. Gunakan gunting yang tumpul atau pengetip kuku bayi yang mempunyai kanta pembesar supaya kuku yang kecil lebih mudah dilihat. Selain itu, ikut garis semula jadi jari, tekan bahagian daging jari menjauhi kuku supaya anda boleh mengelak daripada terpotong kulit jari.

Jika si manja takut, cuba:

  • potong kuku anda sendiri dahulu - tunjukkan kepada si manja betapa seronoknya anda
  • alih perhatiannya dengan menyanyikan lagu seperti "Bintang kecil"

Memotong kuku si manja mungkin kelihatan sedikit menakutkan pada mulanya. Tetapi dengan panduan langkah demi langkah daripada BabyCenter® ini, anda akan berasa yakin untuk memulakannya.

Back to Top