Tanpa Sabun dan Alkohol
Diuji oleh pakar dermatologi
Kami sayang bayi. Kami juga memahami betapa pentingnya untuk anda membersihkan kulit si manja yang halus dan sensitif itu dengan lembut bagi memastikannya sihat. Itulah sebabnya kami telah meningkatkan lagi mutu JOHNSON’S® SKINCARE WIPES kami bagi membersih dengan lembut dan menawarkan perlindungan tambahan untuk kawasan lampin si manja. Tisu kapas yang lembut ini mengandungi rumusan kami yang terdiri daripada bahan pelembap yang kaya. Ia TERBUKTI LEMBUT SECARA KLINIKAL. Setiap helai berfungsi untuk membersihkan kulit bayi dengan lembut tetapi berkesan sebelum meninggalkan lapisan pelembap yang melindungi kulit. Selain itu, haruman lembutnya yang tidak merengsakan membuatkan si manja berbau wangi setiap kali selepas ditukarkan lampinnya. Terbukti Lembut dari Segi Dermatologi.
Para Ibu Percayakan JOHNSON’S®. Sentiasa Ringan dan Lembut.