Skip to main content
Kenali Kami
Untuk Pakar
Lokasi Jualan
Baby Center
Malay
  • Kategori
    • Mandian Bayi
    • Kolon
    • Penjagaan Rambut
    • Losyen
    • Minyak
    • Bedak
    • Tisu Basah
    • Sabun Mandi
    Tahap Perkembangan
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Anak yang Aktif
    • Orang Dewasa
    Ritual
    • Memandikan Bayi Baru Lahir
    • Memandikan Bayi
    • Mengurut Bayi
    • Melembapkan Bayi
    • Waktu Tidur Bayi
    • Waktu Bermain Bayi
    • Penjagaan Kulit Bayi
  • Persediaan Menyambut Bayi Anda
  • Menjaga Bayi Anda
    Memandikan Bayi Anda
    Mengurut Bayi Anda
    Rutin Masa Tidur Bayi
    Hal Ehwal Lampin
  • Bermain & Belajar
  • MISI KAMI
    • Misi Kami
    • Bau & Wangian
    • Usaha Kelestarian
    • Piawaian Keselamatan Kami
    • Piawaian Kami untuk Semula Jadi
    KENALI KAMI
    • GET TO KNOW US
    • Tentang Kami
    • So Much More™
    • Sains Bayi
    • Keselamatan
    • Lebih daripada Sekadar
    • Bahan-bahan
    Kami Komitted untuk Penjagaan Bayi

    Soalan Kerap Ditanya

    Am

    Kami memang suka melihat gambar-gambar bayi comel yang dikirimkan oleh pengguna kami; walau bagaimanapun, pemilihan pelakon untuk iklan kami dilakukan oleh agensi pengiklanan kami. Agensi-agensi ini pula bekerjasama dengan banyak agensi bakat profesional dalam memilih model yang digunakan untuk iklan kami.

    Kembali ke Atas

    Terdapat keperluan minimum untuk membeli secara terus daripada JNTL (Malaysia) Sdn Bhd. Anda boleh menghubungi talian bebas tol kami di 1-800-222-565. Wakil kami di sana boleh memberitahu anda tentang keperluan tersebut dan membukakan akaun untuk anda jika anda layak. Jika tidak, mungkin terdapat pemborong di kawasan anda yang boleh memberikan bantuan kepada anda. Anda boleh menghubungi nombor bebas tol kami di 1-800-222-565 dari 09:00 pagi hingga 05:00 petang, Isnin hingga Jumaat, kecuali cuti umum.

    Kembali ke Atas

    Terima kasih kerana teringatkan kami; walau bagaimanapun, atas sebab keselamatan, kami tidak menerima gambar, lampiran atau fail yang dimuat turun dari Internet ke lokasi selamat kami. Jika anda mempunyai pertanyaan lanjut, sila hubungi khidmat pelanggan kami di 1-800-222-565 (bebas tol) dari 09:00 pagi hingga 05:00 petang, Isnin hingga Jumaat, kecuali cuti umum.

    Kembali ke Atas

    Ya, produk JOHNSON'S® dirumus agar ringan dan lembut, yang mungkin disukai oleh golongan dewasa juga. Malah, kami tahu bahawa ramai orang dewasa membeli losyen, minyak bayi dan bedak kami untuk kegunaan sendiri.

    Kembali ke Atas

    Pengguaan Produk

    Anda boleh menyapukan bedak seberapa kerap yang perlu, setiap kali menukar lampin, sebelum tidur atau apabila si manja terdedah kepada lampin basah untuk tempoh yang agak lama. Tukar lampin yang basah dan kotor dengan segera, bersihkan kawasan lampin dan biarkan ia mengering. Taburkan sedikit bedak bayi ke tapak tangan anda dan sapukan pada kawasan lampin. Jauhkan daripada muka si manja.

     AMARAN: Jauhkan bedak daripada muka kanak-kanak. Masalah pernafasan boleh berlaku jika serbuk halus produk ini memasuki saluran pernafasan. Elakkan daripada terkena mata. Untuk kegunaan luaran sahaja. Tutup dengan rapat selepas digunakan. Elakkan daripada tersentuh nyalaan api. 

    Kembali ke Atas

    Penjagaan Bayi

    Memandikan dengan span sering disyorkan untuk beberapa minggu yang pertama, sehingga tali pusat dan zakar, jika bersunat, kering dan sembuh sepenuhnya. Basuh rambut dan badan si manja menggunakan cecair pembersih bayi yang lembut. Cuci kawasan lampin akhir sekali.

    Artikel Berkaitan:  Memandikan Bayi dengan Span Mandi

    Kembali ke Atas

    Sentuhan merupakan salah satu cara pertama ibu bapa dan bayi berkomunikasi. Melalui sentuhan, bayi belajar menikmati keselesaan dan keselamatan yang terhasil daripada kasih sayang. Urutan bayi membantu mengeratkan ikatan yang bermula sejak lahir lagi.

    Artikel Berkaitan: Urutan Bayi

    Kembali ke Atas

    Untuk memastikan bayi anda bersih, sebenarnya anda hanya perlu memandikan si manja setiap dua atau tiga hari. Apabila bayi anda sudah bergerak atau gemar makan sendiri, mandi setiap hari untuk kebersihan akan menjadi satu keperluan dan juga sebagai satu lagi peluang untuk bermain! Terdapat banyak sebab lain untuk mandi. Ini boleh termasuk sebagai sebahagian daripada rutin yang membantu si manja beralih kepada ‘mood’ untuk tidur. Mandi dengan air mandian yang suam, berserta haruman yang menyenangkan merupakan cara yang sangat merehatkan untuk kedua ibu bapa dan bayi supaya mudah terlelap dan kekal lena sepanjang malam! Masa mandi juga boleh memberikan peluang yang istimewa untuk mengeratkan ikatan anda berdua. Selepas mandi pula memberikan masa yang istimewa untuk mengurut si manja bagi membantunya bersedia untuk tidur. Rutin masa tidur adalah penting untuk tabiat tidur yang baik. Oleh itu, nikmati masa yang unik ini bersama bayi anda, terutamanya selepas seharian sibuk melakukan pelbagai perkara.

    Artikel Berkaitan: Tidur Bayi Baru Lahir

    Kembali ke Atas

    Bayi anda bersedia untuk mandi di dalam tab orang dewasa apabila dia sudah mampu duduk dengan sendiri. Tetapi ingat, jangan sekali-kali membiarkan bayi anda sendirian tanpa pengawasan di dalam tab mandi.

    Artikel Berkaitan: Cara Memandikan Bayi Anda

    Kembali ke Atas

    Kebanyakan bayi mendapat ruam lampin sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh 3 tahun yang pertama. Bayi yang berumur 9 hingga 12 bulan, sudah tumbuh gigi dan mula makan makanan pejal atau mengambil antibiotik lebih mudah mendapatnya.

    Lembapan yang terperangkap dan geseran yang berpunca daripada pergerakan di dalam lampin yang basah atau kotor boleh merengsakan kulit. Ini menyebabkan kemerahan dan kerengsaan di kawasan lampin. Apabila kulit sudah rosak, air kencing dan najis boleh menyebabkan kerengsaan itu bertambah teruk.

    Tukar lampin bayi anda sebaik sahaja ia kotor. Bersihkan kawasan lampin bayi sebersih-bersihnya dengan tisu basah bayi, kain lembab atau losyen pencuci bayi yang sesuai. Sentiasa lap dari bahagian depan ke belakang.

     AMARAN: Jauhkan bedak daripada muka kanak-kanak. Masalah pernafasan boleh berlaku jika serbuk halus produk ini memasuki saluran pernafasan. Elakkan daripada terkena mata. Untuk kegunaan luaran sahaja. Tutup dengan rapat selepas digunakan. Elakkan daripada tersentuh nyalaan api. 

    Artikel Berkaitan: Panduan tentang Ruam Lampin

    Kembali ke Atas

    Jika si manja merengek sebelum tidur, itu bukan sesuatu yang luar biasa. Ia merupakan cara si manja menghadapi bermacam-macam rangsangan dalam dunia mereka. Cuba wujudkan ritual tidur yang disukai oleh si manja. Berikan mandian yang menenangkan, selitkan urutan ke dalam rutin dan bacakan buku cerita atau mainkan muzik yang lembut.

    Artikel Berkaitan: Rutin 3 Langkah JOHNSON’S®

    Kembali ke Atas

    Susukan dengan kerap - antara 8 hingga 12 kali sehari selepas 24 jam yang pertama (anda juga perlu menyuakan buah dada anda dengan kerap pada hari yang pertama, tetapi si manja mungkin tidak menyusu sekerap 8 kali). Perhatikan tanda-tanda si manja lapar. Membiarkan bayi anda berada dalam dakapan dengan kulitnya bersentuhan dengan kulit anda akan membantu menggalakkannya menyusu. Bangunkan bayi anda daripada tidur jika lebih 3 jam sudah berlalu sejak kali terakhir dia menyusu.

    Biarkan bayi anda selesai menghisap sebelah buah dada sebelum mengalihkannya ke sebelah yang satu lagi. Ini biasanya mengambil masa antara 10 hingga 20 minit (jika bayi anda enggan menyusu selama sekurang-kurangnya 10 minit, tanya pakar penyusuan sama ada anda perlu mengepam susu anda sehinggalah si manja menyusu lebih lama). Bayi anda mungkin enggan menghisap buah dada yang satu lagi. Jika dia enggan menghisapnya, biarkan sahaja. Suakan buah dada itu dahulu kepadanya pada sesi yang seterusnya. Memberi susu atas permintaan akan merangsang buah dada anda untuk menghasilkan banyak susu. Beberapa minggu kemudian, si manja akan mempunyai rutin menyusu yang lebih mudah diramalkan. Tetapi oleh sebab susu ibu lebih mudah dihadam berbanding susu formula, bayi yang menyusu badan sering menyusu dengan lebih kerap berbanding bayi yang menyusu botol.

    Semua bayi menyusu secara berbeza. Perhatikan isyarat daripada bayi anda. Jika bayi anda berumur lebih seminggu dan membuang air kecil sekurang-kurangnya 6 hingga 8 lampin dalam tempoh 24 jam, dia mungkin mendapat

    Artikel Berkaitan: Panduan Memberi Susu Badan

    Kembali ke Atas

    Semua bayi mempunyai pola penyusuan yang berbeza. Sesetengahnya mahu menyusu sedikit setiap 1 hingga 2 jam, manakala yang lain menyusu lebih lama tetapi hanya menyusu setiap 3 hingga 4 jam. Hal ini juga berbeza-beza seiring dengan pertambahan usia si manja dan apabila dia mula memakan makanan pejal, atau jika dia mengalami lonjakan pertumbuhan. Syor am untuk penyusuan bayi baru lahir adalah antara 8 hingga 12 kali dalam tempoh 24 jam.

    Artikel Berkaitan: Panduan Memberi Susu Badan

    Kembali ke Atas

    Urutan ialah cara yang baik untuk menenangkan bayi anda sebelum tidur. Sapukan Sapukan JOHNSON'S® BEDTIME® lotion pada seluruh badan si manja sambil mengurutnya untuk membantu melegakan, melembutkan dan melembapkan kulit bayi anda.

    Artikel Berkaitan: Rutin 3 Langkah JOHNSON’S®

    Kembali ke Atas

    Ikut nasihat nenek-nenek kita, "jangan masukkan sesuatu yang lebih kecil daripada siku ke dalam telinga". Mengikut budi bicara doktor anda, gunakan picagari telinga, pelembut tahi telinga atau putik kapas, untuk membersihkan bahagian paling luar telinga si manja.

     AWAS: Apabila menggunakannya pada telinga, jangan masukkan ke dalam saluran telinga; buang kotoran dan tahi telinga yang kelihatan di sekeliling permukaan luar telinga sahaja. Penggunaan yang tidak betul boleh menyebabkan kecederaan. Produk ini bukan mainan.  

    Artikel Berkaitan: Mata, Telinga, Hidung & Kuku Bayi

    Kembali ke Atas

    Produk
    • Produk
    • Lokasi Jualan
    • Soalan Lazim
    • Bahan-bahan
    • Keselamatan
    Company
    • HUBUNGI KAMI
    • PETA LAMAN
    Learn
    • Kenali Kami
    • Tentang Kami
    • Sains Bayi
    • So Much More
    • Lebih daripada Sekadar Mandian
    • Untuk Pakar
    • Tahap Perkembangan
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Anak yang Aktif
    • Orang Dewasa
    • Baby Care Tips & Tricks
    • Persediaan Menyambut Bayi
    • Tips Penjagaan Bayi
    • Cara Memandikan Bayi Anda
    • Panduan Mengurut Bayi
    • Tidur Bayi
    Terma Penggunaan
    • NOTIS PRIVASI
    • TERMA PENGGUNAAN

    © JNTL (Malaysia) Sdn. Bhd. 2019.

    Laman ini diterbitkan oleh JNTL (Malaysia) Sdn. Bhd. yang bertanggungjawab sepenuhnya atas kandungan laman ini. Ia dibangunkan untuk pelawat-pelawat dari Malaysia. Tanda dagangan pihak ketiga yang digunakan di sini merupakan tanda dagangan bagi pemilik masing-masing.

    Terakhir Dikemaskini: Julai 2026

    Laman ini mengandungi pautan ke laman web yang tidak mengguna pakai Notis Privasi kami. Kami menggalakkan anda supaya membaca Notis Privasi setiap laman web yang anda lawati.

    Johnsons