Skip to main content

Bayi yang baru lahir tidur dengan kerap, tetapi sekejap-sekejap. Syukurlah, terdapat cara untuk membantu mendisiplinkan bayi anda yang baru lahir itu agar mengikut jadual yang tetap. Cara yang memerlukan masa berdua yang senyap dan sunyi di mana anda merangsang derianya ini akan menghasilkan jumlah tidur yang lebih banyak dan perkembangan yang lebih sihat.

Sebahagian besar daripada beberapa minggu pertama kehidupan bayi anda adalah tentang penyesuaian - untuk si manja anda dan anda. Masih terlalu awal untuk menjangkakan pola tidur yang tetap, oleh itu, sesuaikan jadual anda dengan masa tidur si manja.

Bayi Baru Lahir Kerap Terjaga daripada Tidur

Untuk beberapa bulan yang pertama, bayi anda akan tidur dan bangun setiap jam sepanjang hari (dan malam!). Jumlah keseluruhan tidur bayi yang baru lahir adalah berbeza-beza (10-18 jam sehari). Biasanya, mereka tidur dalam jarak masa yang sama sepanjang 24 jam tanpa perbezaan ketara antara tidur siang dan malam. Bayi boleh tidur 2-5 jam pada satu-satu masa. Pastikan anda bertindak balas kepada bayi anda yang baru lahir itu apabila si manja memberikan isyarat. Besar kemungkinan dia hendak menyusu... dan ditukarkan lampinnya!

Mengapa Bayi Baru Lahir Anda Terjaga

Bayi baru lahir sering kali terjaga kerana dia lapar atau perlu ditukarkan lampinnya. Berhati-hati dengan perubahan mendadak dalam pola tidur bayi anda kerana hal itu mungkin menandakan dia sakit atau lonjakan pertumbuhan yang merangsang rasa lapar.

SIDS (Sindrom Bayi Mati Mengejut)

Untuk mengurangkan risiko SIDS, sentiasa tidurkan bayi anda dalam kedudukan telentang dan bukannya tertiarap di atas perutnya. Bayi anda perlu tidur di atas tilam yang pejal, tanpa kelengkapan tempat tidur yang gebu atau menggeleber, tanpa haiwan mainan mahupun bantal.

Untuk maklumat lanjut tentang keselamatan bayi sedang tidur, sila baca ini dan lawat laman antarabangsa seperti CPSC.gov, aap.org, dan keepingbabiessafe.org.

Ajar Perbezaan antara Siang dan Malam

Apabila bayi anda tidur pada waktu siang, biarkan lampu menyala dan biarkan bunyi pada paras normal. Sebaliknya, pada waktu malam, matikan lampu atau gunakan lampu tidur, susukan dan tukar lampinnya dengan perlahan dan senyap seboleh yang mungkin. Selain itu, hadkan interaksi anda dan hanya sentuh si manja dengan lembut dan perlahan-lahan. Sentuhan anda akan menenangkannya dan hal itu akan meningkatkan kuantiti serta kualiti tidur si manja. Tidak lama kemudian anda akan dapati bahawa tempoh paling lama bayi anda tidur berlaku pada waktu malam.

Masa Tidur Sekejap — Untuk Ibu Juga

Apabila si manja tidur sekejap, gunakan masa itu untuk mendapatkan masa tidur yang anda perlukan, walaupun cuma sebentar. Walaupun anda mungkin sangat ingin menggunakan waktu tidur si manja untuk menyelesaikan pelbagai kerja, anda akan menjadi lebih bertenaga jika anda tidur semasa bayi anda tidur.

Tetapkan Rutin Waktu Malam

Walaupun si manja masih kecil lagi, rutin waktu malam akan membantu bayi anda belajar bahawa sudah tiba masa untuk tidur. Cubalah rutin 3 langkah kami yang termasuk:

*Diadaptasi daripada Sleeping Through the Night: How Infants, Toddlers, and Their Parents Can Get a Good Night’s Sleep oleh Dr. Jodi Mindell dan daripada artikel oleh pakar penjagaan bayi di JOHNSON’S®.

Masa Tidur Bayi

Sertai Elle Walker dan bongkar mitos mengenai tidur bayi dalam video YouTubenya yang bertajuk MythConceptions

Logo Baby Center

Tidur Siang

Bantu bayi tidur pada waktu petang

Back to Top