Generasi Baharu yang ‘Gentle’
Johnson’s® sentiasa berusaha untuk memberikan yang terbaik untuk bayi anda – inilah komitmen kami. Menerusi misi untuk menghasilkan produk yang paling ‘gentle’, disokong oleh sains serta keinginan kami untuk memenuhi keperluan para ibu bapa – kini kami telah menambah baik produk kami secara keseluruhan.
We Choose Gentle
Sejak awal lagi, misi kami adalah untuk menghasilkan produk bayi yang paling ‘gentle’ di dunia. Demi memberikan yang terbaik untuk bayimu, segala yang kami hasilkan, segala yang kami lakukan, dan segala yang kami percayai adalah menghasilkan dunia yang paling ‘gentle’ hanya untuk si manja anda.
Komitmen Kami Terhadap Penjagaan Kulit Bayi
Para saintis kami sentiasa mempelajari tentang keperluan khusus kulit bayi, di mana lebih daripada 90% penyelidikan tentang penjagaan kulit bayi dalam industri ini adalah daripada pihak kami! Kini, kami telah menggabungkan penyelidikan klinikal terkini dan kasih sayang kami terhadap bayi-bayi untuk menambah baik produk kami dan menjangkaui piawaian keselamatan yang paling tinggi di seluruh dunia.
Kami Menggunakan Bahan yang Berguna
Kami menilai formulasi kami dengan teliti dan telah mengurangkan bahan-bahan sebanyak 50%. Kini produk-produk kami lebih ringkas dan lebih lembut tanpa mengandungi paraben tambahan, phthalate, dan sulfat.