Skip to main content

Respons Johnson’s Baby terhadap COVID-19

Johnson & Johnson Consumer Health menyokong Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)

Kesan pandemik wabak COVID-19 di seluruh dunia tidak dapat dinafikan. Kami menggalakkan para pengguna untuk mempelajari dan mengikuti garis panduan yang disediakan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia.

COVID 19 dan respons Johnson’s Baby

Di Johnson & Johnson Kesihatan Pengguna, kami bertekad untuk membantu individu dan komuniti di seluruh dunia menangani impak wabak COVID-19 yang tidak terduga ini. Pasukan kami terus aktif mengekalkan pengeluaran produk-produk kesihatan pengguna, termasuk produk jenama JOHNSON'S®.

Tumpuan kami adalah untuk menolong rakyat menjaga kesihatan mereka agar tidak lebih membebankan sistem kesihatan sedunia yang teruk dijejas wabak COVID-19. Permintaan terhadap sabun, losyen, dan pembersih kulit kami sangat tinggi kerana para pengguna memberikan lebih tumpuan kepada kebersihan diri. Kami mengutamakan pengeluaran produk yang berterusan untuk mengekalkan bekalan, sambil memastikan tahap kualiti dan keselamatan tertinggi.

Johnson’s Baby: Manfaat Produk

  • Mandian Bayi Johnson’s Baby
    • Mandian Bayi Johnson’s Baby adalah cara yang lembut untuk mencuci kekotoran, walaupun pada kulit halus.
    • Mandian Bayi Johnson’s Baby bebas daripada paraben, phthalates, sulfat, sabun & pewarna.
    • Tip Berguna: Cuba gunakan Mandian Bayi Johnson’s Baby sebagai pencuci tangan yang lembut untuk anda dan keluarga anda. Pembasuhan tangan anda secara teratur dan sesuai adalah penting dan boleh membantu mencegah penyebaran kuman. Sila rujuk kepada CDC atau agensi kesihatan awam tempatan anda untuk arahan pencucian tangan tertentu.
  • Tisu Basah Johnson’s Baby
    • Tisu Basah Johnson’s Baby direka untuk membuang kekotoran dari tangan dan muka secara lembut dan berkesan, bila-bila masa dan di mana sahaja anda berada. Kain lap bayi kami adalah pra-lembab dan tidak memerlukan air, hebat untuk “on-the-go”.
  • Losyen Johnson’s Baby
    • Gunakan Losyen Johnson’s Baby untuk melembapkan kulit anda selepas cucian kerap.
    • Semua losyen Johnson’s terbukti lembut, ringan, dan membantu melegakan kulit kering.

Kolon Johnson’s Baby – GUNA MENGIKUT ARAHAN

Terdapat soalan-soalan daripada pengguna mengenai keberkesanan Kolon Johnson’s Baby sebagai pembersih tangan atau disinfektan permukaan. Kolon kami, termasuk kolon yang dicampur dengan alkohol, tidak boleh digunakan sebagai pembasuh tangan atau pembasmi kuman permukaan. Produk produk tersebut tidak direka atau diuji untuk membunuh kuman dan tidak bertujuan untuk mencegah atau merawat COVID-19. Sebaliknya, kami mencadangkan anda mengikuti langkah-langkah pencegahan yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia atau agensi kesihatan awam tempatan anda, termasuk membasuh tangan dengan kerap, menggunakan pembersih tangan untuk pembersihan tanpa air, mengekalkan jarak sosial, mengelak dari menyentuh mata, hidung dan mulut, dan langkah-langkah pencegahan lain yang sesuai.

Penjagaan anak yang sihat

  • Perlukan bantuan menjaga anak anda melalui masa yang mencabar ini? Lihat petua-petua ini dari Pertubuhan Kesihatan Sedunia.
  • Apabila bayi anda tidur lebih baik, anda juga akan tidur lena. Cuba mengikuti rutin tidur malam Johnson’s yang terbukti secara klinikal seperti mandi air panas, urut lembut, dan waktu senyap untuk membantu bayi anda jatuh tidur lebih cepat dan tidur lebih lama. Klik di sini untuk mendapatkan lebih banyak tips mengenai tabiat tidur yang sihat.
  • Urutan bayi boleh menjadi ritual ikatan manja untuk anda dan bayi anda. Losyen dan minyak Johnson’s boleh membantu! Klik di sini untuk mengetahui lebih lanjut mengenai urutan bayi atau ikuti petua & tips di bawah:
    • Waktu yang tepat adalah apabila bayi anda bangun dan peka, tetapi tidak terlalu lapar atau kenyang
    • Pastikan bilik hangat dan tidak terlalu terang.
    • Basuh tangan anda, tanggalkan barang kemas, dan sediakan minyak bayi atau losyen bayi.
    • Cari tempat yang selesa untuk mengurut supaya bayi anda dapat melihat wajah anda dengan jelas
    • Sebelum memulakan urutan, bawa bertenang dengan beberapa nafas penuh - ini akan membantu anda dan bayi anda untuk relaks.
    • Gunakan minyak bayi atau losyen untuk menggerakkan tangan dengan lancar di atas kulit bayi anda

Soalan-soalan Lazim

Back to Top