Menjaga Bayi Anda
Apabila anda menyapukan losyen pada si manja, anda melakukan lebih daripada sekadar melindungi kulitnya. Sentuhan lembut yang penuh kasih sayang serta bau yang harum itu merangsang derianya dan membantu mengeratkan ikatan antara anda berdua. Ini akan menggalakkan perkembangan bayi yang sihat dan ceria.
Perihal Kulit Bayi
Kulit badan merupakan sistem pertahanan terbaik yang dimiliki oleh si manja untuk melawan bahan perengsa, kuman dan bakteria. Tetapi untuk melindungi si manja, kulit mestilah sentiasa sihat.

Masalah Kulit Bayi Baru Lahir
Jika anda mendapati sesuatu yang luar biasa tentang kulit si manja yang baru lahir itu, sila bertenang dahulu. Masalah kulit bayi baru lahir ini secara amnya tidak berbahaya dan selalunya akan hilang dengan sendiri.

Penjagaan Tali Pusat Bayi
Tali pusat si manja akan tertanggal kira-kira seminggu selepas anda membawanya pulang. Sehinggalah tali pusat itu tertanggal, pastikan ia sentiasa bersih dan kering.

Memastikan Kulit Bayi Sihat
Lapisan kulit bayi merupakan barisan pertahanan pertamanya daripada ancaman dunia luar. Untuk kekal sihat, kulit perlu sentiasa terhidrat dengan baik. Pastikan kulitnya sentiasa disapu pelembap untuk membantu melindunginya daripada kekeringan.

Mata, Telinga, Hidung & Kuku Bayi
Pastikan si manja sentiasa gembira, sihat dan benar-benar bersih. Dapatkan petua tentang cara untuk menjaga mata, telinga, hidung dan kukunya.

Perlindungan Matahari untuk Kulit Bayi
Membawa si manja ke luar rumah merupakan cara yang baik untuk membantu dia meneroka dan berkembang - tetapi kulitnya sangat sensitif kepada sinaran UV matahari.

Gigi Si Kecil
Walaupun gigi pertama anak anda tidak kekal, anda tetap perlu memastikan gigi si kecil sentiasa bersih. Kaviti akan terbentuk apabila bakteria yang wujud secara semula jadi di dalam mulut si kecil bergabung dengan gula dalam sisa makanan yang tertinggal di celah-celah gigi lalu menghasilkan asid yang menyerang enamel gigi.
Mengajar si kecil cara untuk menjaga giginya menawarkan satu lagi peluang yang baik untuk anda mengeratkan ikatan, di samping membantu menghindari masalah gigi dan memupuk tabiat menjaga gigi yang sihat sepanjang hayat dari awal.