Skip to main content
Kenali Kami
Untuk Pakar
Lokasi Jualan
Baby Center
Malay
  • Kategori
    • Mandian Bayi
    • Kolon
    • Penjagaan Rambut
    • Losyen
    • Minyak
    • Bedak
    • Tisu Basah
    • Sabun Mandi
    Tahap Perkembangan
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Anak yang Aktif
    • Orang Dewasa
    Ritual
    • Memandikan Bayi Baru Lahir
    • Memandikan Bayi
    • Mengurut Bayi
    • Melembapkan Bayi
    • Waktu Tidur Bayi
    • Waktu Bermain Bayi
    • Penjagaan Kulit Bayi
  • Persediaan Menyambut Bayi Anda
  • Menjaga Bayi Anda
    Memandikan Bayi Anda
    Mengurut Bayi Anda
    Rutin Masa Tidur Bayi
    Hal Ehwal Lampin
  • Bermain & Belajar
  • MISI KAMI
    • Misi Kami
    • Bau & Wangian
    • Usaha Kelestarian
    • Piawaian Keselamatan Kami
    • Piawaian Kami untuk Semula Jadi
    KENALI KAMI
    • GET TO KNOW US
    • Tentang Kami
    • So Much More™
    • Sains Bayi
    • Keselamatan
    • Lebih daripada Sekadar
    • Bahan-bahan
    Kami Komitted untuk Penjagaan Bayi
    Keeping Baby’s Skin Healthy

    Memastikan Kulit Bayi Sihat

    Apabila si manja semakin membesar, dia akan menjadi semakin aktif dan besar kemungkinan anda akan mengawasinya dengan kain pencuci di tangan bagi memastikan dia sentiasa bersih. Apabila anda mencucinya dengan lebih kerap, anda perlu memastikan kulitnya kekal lembap. Ini akan membantu memastikan kulit yang masih muda itu sentiasa sihat.

    Kajian yang dilakukan baru-baru ini telah menemui penjelasan tentang perbezaan antara kulit orang dewasa dan bayi. Kulit bayi adalah lebih "aktif" berbanding kulit orang dewasa – ia masih terus berkembang. Ia lebih sensitif terhadap bahan perengsa dan perubahan suhu serta kelembapan. Oleh itu, anda perlu melindungi kulit si manja daripada perubahan persekitaran dan bahan pembersih yang merengsakan.

    Lapisan kulit bayi merupakan barisan pertahanan pertamanya daripada ancaman dunia luar. Untuk mengekalkan kesihatan kulit, ia perlu dipastikan terhidrat dengan betul. Pastikan kulitnya sentiasa disapu pelembap untuk membantu melindunginya daripada kekeringan.

     Gunakan Pembersih yang Melembapkan 

    Apabila anda semakin kerap mencuci muka dan tangannya, ini merupakan masa yang baik untuk beralih kepada pembersih yang mengembalikan kelembapan sambil membersihkan kulit si kecil dengan lembut. JOHNSON'S® baby TOP-TO-TOE wash dirumus khas untuk membersih dan melembap dengan lembut. Ia juga mempunyai yang menyenangkan itu, iaitu bau bayi yang bersih yang datang daripada JOHNSON'S® baby lotion. Simpan sebotol di dalam beg lampin untuk digunakan semasa di luar atau dalam perjalanan.

     Pastikan Kulit Bayi Anda Terhidrat 

    Menyapukan pelembap selepas memandikan si manjamerupakan idea yang bagus. Dalam satu kajian klinikal, hanya 10 peratus daripada ibu yang menyertai tinjauan percaya bahawa kulit bayi mereka kering, sedangkan pada hakikatnya, lebih 60 peratus daripada bayi tersebut mempunyai tanda-tanda klinikal yang menjurus kepada masalah kekeringan!

    Kulit si manja boleh menyerap air dengan lebih cepat berbanding kulit orang dewasa tetapi ia boleh kehilangan air dengan lebih cepat juga! Itulah sebabnya melembapkan kulit si manja dengan kerap merupakan cara yang baik untuk melindunginya daripada kekeringan. JOHNSON'S® baby lotionmelembapkan kulit bayi dan memastikannya sentiasa lembut dan licin. Ia terbukti secara klinikal bersifat lembut dan tidak merengsakan.

     Urutan Bayi 

    Cara yang baik untuk memantau kesihatan kulit si manja adalah melalui urutan. Ia memberi anda peluang untuk meneliti seluruh permukaan dan memeriksa jika ada kekeringan atau kesan lecet. Tetapi itu bukan satu-satunya faedah urutan: apabila bayi mula membesar dan mengalami pelbagai perubahan yang berkaitan tumbesaran, urutan boleh membantu memudahkan peralihan itu. Ia memberikan banyak manfaat emosi dan fisiologi kepada si manja untuk membantu:

    • Menenangkannya apabila dia meragam - urutan telah terbukti dapat mengurangkan peredaran kortisol, iaitu hormon ketegangan dalam aliran darah

    • Meningkatkan rasa sihat yang dirasainya - urutan telah terbukti dapat merangsang endorfin, yang boleh membuatkan si manja berasa ceria

    • Melegakan perut kembung dan sembelit – mengurut perutnya boleh membantu mengeluarkan angin

    • Mengurangkan ketegangan yang disebabkan oleh, contohnya, proses pertumbuhan gigi

    • Merehatkan otot lengan dan kakinya

    • Dan sudah tentu, untuk membantu si manja menjalinkan hubungan yang erat dan saling mempercayai dengan anda

    Ketahui lebih lanjut tentang mengurut bayi anda

    Kulit si manja akan berubah dengan pantas sepanjang tempoh tumbesarannya. Ia amat berbeza berbanding kulit anda - ia memerlukan perlindungan tambahan untuk memastikannya bersih, lembap dan sihat. Ingat, kulit yang sihat bukan sahaja untuk kecantikan semata-mata. Kulit yang sihat dan lembap membentuk halangan terhadap bakteria dan jangkitan lain. Jadi mulakan sekarang untuk melindungi kulit si manja agar sihat seumur hidupnya.

    Para ibu di seluruh dunia yakin dengan penjagaan bayi oleh JOHNSON’S®

    Kami bekerjasama dengan para ibu, pakar penjagaan kesihatan dan saintis bagi memastikan produk kami terus mencapai piawaian tertinggi dalam keselamatan, kualiti dan penjagaan.

    Ketahui bagaimana kasih sayang dan sains bersatu untuk menjadikan setiap produk JOHNSON’S® lebih baik untuk bayi anda

    Mengeratkan Ikatan Melalui Sentuhan

    Tunjukkan kasih sayang anda kepadanya menggunakan bahasa pertama bayi anda - sentuhan

    Logo Baby Center
    Senyuman yang Sihat

    Apabila si manja membesar, giginya juga turut membesar! BabyCenter® berkongsi cara untuk memberus gigi si kecil dan cara membantu anak anda untuk mula memberus giginya sendiri.

    Menjaga gigi anak anda

    Related Products

    johnsons-baby-lotion-front.jpg

    Johnson's® Baby Lotion

    Johnson's ® Baby Powder

    Johnson's ® Baby Powder

    johnsons-baby-shampoo-front.jpg

    Johnson's® Baby Shampoo

    johnsons-baby-lotion-front.jpg

    Johnson's® Baby Lotion

    Johnson's ® Baby Powder

    Johnson's ® Baby Powder

    johnsons-baby-shampoo-front.jpg

    Johnson's® Baby Shampoo

    Caring Callout
    Masalah Kulit Bayi Baru Lahir
    Jika anda mendapati sesuatu yang luar biasa tentang kulit si manja yang baru lahir itu, sila bertenang dahulu. Masalah kulit bayi baru lahir ini secara amnya tidak berbahaya dan selalunya akan hilang dengan sendiri.
    Read more
    Caring Callout
    Penjagaan Tali Pusat Bayi
    Tali pusat si manja akan tertanggal kira-kira seminggu selepas anda membawanya pulang. Sehinggalah tali pusat itu tertanggal, pastikan ia sentiasa bersih dan kering.
    Read more
    Caring Callout
    Mata, Telinga, Hidung & Kuku Bayi
    Pastikan si manja sentiasa gembira, sihat dan benar-benar bersih. Dapatkan petua tentang cara untuk menjaga mata, telinga, hidung dan kukunya.
    Read more
    Caring Callout
    Perlindungan Matahari untuk Kulit Bayi
    Membawa si manja ke luar rumah merupakan cara yang baik untuk membantu dia meneroka dan berkembang - tetapi kulitnya sangat sensitif kepada sinaran UV matahari.
    Read more
    Produk
    • Produk
    • Lokasi Jualan
    • Soalan Lazim
    • Bahan-bahan
    • Keselamatan
    Company
    • HUBUNGI KAMI
    • PETA LAMAN
    Learn
    • Kenali Kami
    • Tentang Kami
    • Sains Bayi
    • So Much More
    • Lebih daripada Sekadar Mandian
    • Untuk Pakar
    • Tahap Perkembangan
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Anak yang Aktif
    • Orang Dewasa
    • Baby Care Tips & Tricks
    • Persediaan Menyambut Bayi
    • Tips Penjagaan Bayi
    • Cara Memandikan Bayi Anda
    • Panduan Mengurut Bayi
    • Tidur Bayi
    Terma Penggunaan
    • NOTIS PRIVASI
    • TERMA PENGGUNAAN

    © JNTL (Malaysia) Sdn. Bhd. 2019.

    Laman ini diterbitkan oleh JNTL (Malaysia) Sdn. Bhd. yang bertanggungjawab sepenuhnya atas kandungan laman ini. Ia dibangunkan untuk pelawat-pelawat dari Malaysia. Tanda dagangan pihak ketiga yang digunakan di sini merupakan tanda dagangan bagi pemilik masing-masing.

    Terakhir Dikemaskini: Julai 2026

    Laman ini mengandungi pautan ke laman web yang tidak mengguna pakai Notis Privasi kami. Kami menggalakkan anda supaya membaca Notis Privasi setiap laman web yang anda lawati.

    Johnsons