Urutan Bayi: Teknik & Petua
Kini anda sudah tahu bahawa kuasa sentuhan dan urutan boleh mengeratkan ikatan anda berdua dan membantu si manja anda berkembang dengan sihat. Tetapi anda mungkin tertanya-tanya: Bagaimana untuk bermula?
Berikut ialah beberapa petua dan teknik mengurut bayi untuk membantu anda membuat persediaan sebelum mengurut bayi anda dengan selamat. Selain itu, petua ini turut membantu anda memastikan masa mengurut akan menjadi lebih bermakna.
NOTA: Jangan urut bayi anda jika dia sakit atau jika dia baru sahaja menerima suntikan-kawasan sekitar tempat suntikan mungkin masih sakit.
Gunakan sedikit minyak atau losyen yang dirumus khas, seperti JOHNSON’S® baby oil. Sapukan sedikit di tapak tangan anda — cukup untuk melembapkan tangan anda supaya bayi anda merasakan urutan anda licin dan tidak kasar.
Anda disyorkan supaya tidak menggunakan minyak atau losyen pada kulit yang gatal atau merah. Jika ruam timbul, hentikan penggunaan. Sentiasa baca label sebelum menggunakan mana-mana produk.
AMARAN: Jauhkan produk daripada jangkauan kanak-kanak. Jauhkan sebarang minyak bayi daripada jangkauan kanak-kanak untuk mengelakkan mereka daripada terminum atau tersedut secara tidak sengaja. Jika tidak, kecederaan serius mungkin berlaku. Sekiranya masalah pernafasan berlaku, sila berjumpa doktor dengan segera.
Melalui urutan, anda boleh meningkatkan kesedaran tentang cara bayi anda berkomunikasi. Anda akan belajar perkara yang disukai, tidak disukai, perkara yang diingini dan emosinya. Anda akan belajar tentang waktu yang terbaik untuk mendakap, bermain dan berehat bersamanya. Hubungan anda juga akan menjadi semakin erat apabila anda dan bayi anda mempelajari perkara yang terbaik untuk anda berdua.
Mengeratkan Ikatan melalui Urutan
Tunjukkan kepadanya kasih sayang anda menggunakan bahasa pertama bayi anda - sentuhan
Deria sentuh bayi bermula di dalam rahim. Ingin tahu setakat mana perkembangan deria sentuh si manja dalam tahun pertama? BabyCenter® membawa anda menelusuri perkembangannya bulan demi bulan.
Para ibu di seluruh dunia yakin dengan penjagaan bayi oleh JOHNSON’S®
Kami bekerjasama dengan para ibu, pakar penjagaan kesihatan dan saintis bagi memastikan produk kami terus mencapai piawaian tertinggi dalam keselamatan, kualiti dan penjagaan.