Skip to main content
Beyond the Bath

Lebih daripada Sekadar Mandian

Anak-anak Sihat, Keluarga Sihat

Dengan menderma masa, sumbangan kewangan dan program perkongsian kemahiran, JOHNSON'S® berdedikasi untuk menyokong perkembangan bayi yang riang dan sihat di seluruh dunia.

Antara program yang kami terlibat termasuklah:

Save the Children – JOHNSON’S® memberi sokongan bagi semua bayi di seluruh dunia. Melalui kerjasama kami dengan Save the Children, kami dapat menyokong usaha-usaha menyediakan persekitaran yang sihat dan merangsang untuk bayi-bayi hari ini dan di masa hadapan untuk membantu mereka berkembang sepenuhnya.

Millennial Development Goals (UNF) ataupun Matlamat Pembangunan Milenium - Yayasan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu telah menubuhkan Matlamat Pembangunan Milenium untuk membantu penduduk termiskin dunia, di mana Matlamat 4,5 dan 6 memberi fokus khusus kepada kesihatan dan kesejahteraan bayi dan ibu. Pada tahun 2010, JOHNSON’S®, bersama dengan syarikat induk kami, J&J, telah berjanji untuk menyokong Matlamat Pembangunan Milenium 4,5 dan 6 dengan komitmen komprehensif 5 tahun untuk mendekati sebanyak 120 juta wanita dan kanak-kanak setahun menjelang 2015. Kami berada di landasan yang betul ke arah mencapai komitmen ini dan akan terus fokus kepada perkara-perkara penting ini sepanjang tahun 2015 dan seterusnya.

Bayi Kita Pewaris Bumi

Kita semua inginkan bumi yang sihat untuk anak-anak kita. Di JOHNSON’S® kami berjanji untuk memastikan dunia memiliki alam sekitar yang selamat dan stabil untuk anak-anak kita yang sedang membesar.

Bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai bagaimana syarikat induk kami, Kenvue, memelihara bumi ini selama lebih daripada 120 tahun, sila kunjungi HealthyEssentials.com.

Dengan penduduk dunia dianggarkan mencapai 9 bilion orang menjelang tahun 2050, sumber alam semulajadi kian digunakan pada kadar yang melebihi kemampuannya menjana semula. Oleh itu, menjaga bumi yang menjadi sumber kehidupan kita semakin penting.

EARTHWARDS®: Salah satu cara kita bertanggungjawab ke atas penambahbaikan alam sekitar adalah melalui program EARTHWARDS®. kami. EARTHWARDS® mendefinisikan cara kami menangani impak produk kami terhadap alam sekitar dan sosial. Mendapatkan pengiktirafan EARTHWARDS® bukan sesuatu yang mudah. Satu-satu produk itu perlu menepati piawaian tinggi Kenvue bagi kemampanan produk. Kami mengambil kira impak mendapatkan bahan-bahan untuk produk, proses pembuatan produk, pembungkusan produk, dan penyampaian produk kepada anda. Kami juga memikirkan tentang impak ketika anda menggunakan produk kami - penggunaan air panas - dan selepas anda menggunakannya - pengitaran semula!

Menjelang tahun 2020, semua produk JOHNSON’S® baharu akan mendapat pengiktirafan EARTHWARDS®. Ini bermakna produk ini akan menepati piawaian alam sekitar berasaskan sains yang lebih ketat merangkumi sekurang-kurangnya tiga daripada tujuh kategori: bahan, pembungkusan, tenaga, air, bahan buangan, inovasi dan impak sosial. Kami akan menyampaikan kemas kini mengenai perkembangan EARTHWARDS® di sini:

CARE TO RECYCLE®: Anda turut boleh membuat perubahan di rumah anda, terutamanya di bilik terkecil di rumah anda, iaitu bilik air. Dengan mengitar semula botol kosong JOHNSON’S® anda, anda membantu kami mempelbagaikan kegunaan plastik. Untuk maklumat lanjut mengenai program CARE TO RECYCLE® kami, sila kunjungi CaretoRecylce.com

Komitmen Keselamatan & Penjagaan Kami: Kami telah mencipta peralatan yang boleh membantu memastikan produk kami bukan sahaja lembut pada bayi, tetapi juga pada alam sekitar setelah sekian lama digunakan. Oleh kerana banyak produk kami mengalir ke sistem kumbahan air tempatan setelah dibilas daripada badan, dan kemudiannya memasuki sistem bekalan air secara keseluruhan, kami cuba memahami cara produk kami berinteraksi dengan persekitaran air ini melalui penggunaan alat yang dipanggil GAIA — Global Aquatic Ingredient Assessment™. Untuk maklumat lanjut, kunjungi Komitmen Keselamatan dan Penjagaan Kami.

Rutin 3 langkah unik kami merupakan rutin waktu malam yang pertama dan satu-satunya yang terbukti berkesan secara klinikal untuk membantu si kecil yang berusia 7 hingga 36 bulan tidur dengan lebih baik dalam masa hanya seminggu.

Kenal pasti, cegah dan rawat ruam lampin dengan panduan berguna ini.

Terokai semua produk bayi JOHNSON’S® atau gunakan penapis produk kami untuk memudahkan carian anda, dan membantu anda mendapatkan apa yang anda perlukan - dengan segera.

Para ibu di seluruh dunia yakin dengan penjagaan bayi oleh JOHNSON’S®

Kami bekerjasama dengan para ibu, pakar penjagaan kesihatan dan saintis bagi memastikan produk kami terus mencapai piawaian tertinggi dalam keselamatan, kualiti dan penjagaan.

Back to Top