Bahan Kami
Semua bahan kami memainkan peranan penting dalam menghasilkan produk yang lembut untuk mata, rambut dan kulit sensitif si manja anda. Penting bagi anda untuk mengetahui dengan tepat tentang kandungan di dalam produk yang anda pilih untuk si manja. Oleh itu kami menyediakan glosari bahan, khusus untuk anda.
Proses Jaminan Keselamatan 5 Langkah Kami
Kami komited untuk menghasilkan produk bayi yang paling lembut di dunia. Itulah sebabnya kami memperkembangkan proses yang lengkap untuk menjamin keselamatan dan kualiti produk bayi kami. Jika formula gagal dalam mana-mana langkah proses, kami akan bermula semula dari awal. Inilah caranya kami menetapkan tahap dalam memperkembangkan produk bayi yang paling lembut di dunia sejak lebih satu abad.
-
1. Sumber Bahan Mentah
Produk selamat bermula dengan bahan mentah yang selamat. Itulah sebabnya kami menapis setiap pembekal dan hanya menerima bahan daripada vendor yang memenuhi piawaian kualiti dan keselamatan kami yang ketat.
-
2. Menilai Bahan
Bahan yang kami terima perlu dinilai dan perlu memenuhi keperluan bagi penggunaan yang selamat dalam produk penjagaan diri. Kami tidak berhenti di langkah ini sahaja, tetapi juga meneliti benda asing dan menyemak semula penemuan terkini daripada kajian penjagaan diri, makanan dan perubatan.
-
3. Penilaian & Ujian Klinikal
Sebaik sahaja kami mencipta formula produk, kami akan mengujinya ke atas sukarelawan di makmal. Pakar kami akan menguji formula untuk setiap isu yang mungkin timbul, termasuk kerengsaan kulit dan mata. Hasilnya, pangkalan data keselamatan kami turut memiliki maklumat tentang pelbagai reaksi formula yang membantu memaklumkan tentang setiap formula baharu yang kami hasilkan.
-
4. Penggunaan dalam Kehidupan
Kami menguji cara pengguna sebenar menggunakan produk bayi kami. Usaha ini bermula dengan merujuk kepada anda! Kami juga menguji produk kami di makmal dalam pelbagai senario - haba lampau, sejuk, kelembapan dan banyak lagi - untuk memeriksa keselamatan dan ketekalan produk sebanyak tiga kali.
-
5. Penilaian yang Berterusan
Produk kami akhirnya di pasaran dan tiba di kedai berhampiran anda, namun kerja kami masih belum selesai. Selain mencari maklumat baharu, kami turut mendengar maklum balas daripada anda, sama ada melalui panggilan khidmat pelanggan atau ulasan media sosial, dan akan membuat pengemaskinian sekiranya setiap produk yang kami hasilkan adalah berkesan.
Ulasan bebas adalah penting buat kami. Sewaktu mencipta semula formula, kami mendapat nasihat daripada pakar pembangunan kanak-kanak, bidan, pakar penjagaan kulit pediatrik, persatuan penjagaan kesihatan profesional dan pakar pewangi yang terkemuka. Pakar bebas dari UL menilai bahan dalam produk kami yang baru dirumuskan dan mengiktiraf perubahan yang kami lakukan dengan skor produk yang dipertingkatkan. Lihat di sini.
Sains Di Sebalik Keselamatan Bahan
1. Pengawet
Pengawet merupakan bahagian penting dalam produk penjagaan bayi dan orang dewasa. Tanpa bahan pengawet, produk harian yang anda gunakan akan tamat tempoh penggunaannya dalam masa beberapa minggu atau hari. Kami hanya menggunakan pengawet yang selamat sejak berdekad lamanya serta disokong oleh FDA dan American College of Toxicology.
2. Pewangi
Pengalaman pelbagai deria, termasuk bau, memainkan peranan dalam proses perkembangan bayi yang sihat dan ceria. Tidak lebih daripada 25% sebatian aroma yang digunakan dalam produk pengguna yang berbau wangi memenuhi piawaian keselamatan kami yang ketat dan boleh dipertimbangkan untuk produk bayi kami yang lembut. Setiap pewangi yang kami gunakan bebas daripada alergen pewangi yang diketahui.
Piawaian Kami untuk Semula Jadi
Ketahui lebih lanjut tentang piawaian yang kami gunakan untuk bahan semula jadi.