Skip to main content
Safety

Keselamatan

Komitmen Kami kepada Keselamatan

Anda akan sentiasa memastikan keselamatan bayi anda, begitu juga kami. Keselamatan bayi anda menjadi keutamaan kami dalam setiap produk buatan kami.

Keselamatan bayi anda menjadi keutamaan kami dalam setiap produk buatan kami.


Menetapkan Piawaian

Di JOHNSON’S®, kami berusaha menetapkan piawaian dalam industri dan piawaian terbaik untuk bayi kami perlu melebihi piawai keselamatan yang diperlukan kerajaan.

Ini seiring dengan janji kami untuk menghasilkan produk yang selamat, menyediakan keselesaaan tahap tertinggi, dan dioptimumkan untuk memupuk bayi yang riang dan sihat.

Setiap produk JOHNSON'S® dibangunkan berdasarkan pandangan daripada kerjasama dengan tiga kumpulan utama:

  • Para Profesional Perubatan, termasuk pakar pediatrik, pakar dermatologi pediatrik, jururawat dan bidan memandu pemahaman kami tentang setiap keperluan bayi anda.
  • Peneraju Pemikiran Saintifik membantu kita mengumpulkan maklumat mengenai penemuan terkini; trend dan teknologi untuk membawa inovasi kepada produk penjagaan rambut dan kulit bayi kami.
  • Para ibu dari serata dunia mengajar kami tentang ikatan dan interaksi antara ibubapa dan bayi.

Membangunkan produk baharu memerlukan kajian, tinjauan semula dan ujian yang meluas — dan perbincangan dengan para ibu seperti anda yang mengiringi setiap langkah kami. Kami telah mengadakan lebih 1,000 ujian klinikal yang merangkumi 8,000 bahan-bahan dan 4,500 sukarelawan. Sebelum sebarang produk bayi JOHNSON’S® tersedia untuk bayi anda, ia mesti terlebih dahulu melepasi proses jaminan keselamatan lima peringkat kami yang seiring dengan Piawaian JOHNSON’S® BEST FOR BABY™ kami.


Buka infographic di bawah untuk mengetahui lebih lanjut mengenai proses ini.


Formula No More Tears®

Anda tahu betapa berbezanya mata bayi yang masih belum matang sepenuhnya, jadi sudah tentu mata ini perlu dilindungi daripada perkara-perkara yang menyebabkan kerengsaan - seperti simbahan air yang tidak sengaja ketika mandi atau semasa syampu.

Oleh itu, pada tahun 1953, kami mencipta syampu bayi JOHNSON’S® dengan formulasi NO MORE TEARS®. Dan sejak itu, kami telah mengembangkan teknologi ini untuk merangkumi pembersih kami seperti JOHNSON’S® baby HEAD TOP-TO-TOE® wash

Tanda dagang NO MORE TEARS® lebih daripada simbol pada botol semata-mata. Ia merupakan tanda untuk memaklumkan anda bahawa produk ini direka supaya lembut dan tidak merengsa kepada mata si manja anda. Setiap produk yang membawa tanda dagang ini telah melepasi penilaian yang ketat bagi memastikan keselamatan dan kelembutannya sekiranya berlakunya simbahan secara tidak sengaja. Kami telah melakukan ujian yang sama ke atas jenama lain yang mendakwa "tiada airmata" atau "tiada rasa pedih ” pada labelnya. Dan secara jujur kami nyatakan bahawa jika label tidak tertulis NO MORE TEARS® padanya, kami mengesyorkan agar anda menjauhkannya dari bayi anda.

Rutin 3 langkah unik kami merupakan rutin waktu malam yang pertama dan satu-satunya yang terbukti berkesan secara klinikal untuk membantu si kecil yang berusia 7 hingga 36 bulan tidur dengan lebih baik dalam masa hanya seminggu.

Kenal pasti, cegah dan rawat ruam lampin dengan panduan berguna ini.

Terokai semua produk bayi JOHNSON’S® atau gunakan penapis produk kami untuk memudahkan carian anda, dan membantu anda mendapatkan apa yang anda perlukan - dengan segera.

Para ibu di seluruh dunia yakin dengan penjagaan bayi oleh JOHNSON’S®

Kami bekerjasama dengan para ibu, pakar penjagaan kesihatan dan saintis bagi memastikan produk kami terus mencapai piawaian tertinggi dalam keselamatan, kualiti dan penjagaan.

Back to Top