Persediaan Menyambut Bayi
Menjadi seorang ibu merupakan pengalaman yang indah, tetapi ia juga bermakna anda perlu mengalami beberapa perubahan besar. Di samping itu, terdapat banyak perkara yang perlu anda lakukan. Kami telah mengumpulkan beberapa sumber untuk membantu anda membuat persediaan bagi menyambut ahli keluarga kecil anda yang baharu. Selain itu, sumber ini juga akan membantu merangsang perkembangan yang ceria dan sihat walaupun sebelum si manja keluar dari rahim anda.
Mengadakan majis mandi tian untuk diri sendiri atau insan yang tersayang merupakan cara yang terbaik untuk membantu bayi anda mendapat barangan yang diperlukannya untuk memulakan kehidupan yang ceria dan sihat.
Ketahui bagaimana badan anda akan berubah semasa hamil dan langkah-langkah yang boleh anda ambil untuk tetap berasa yakin dengan diri sendiri sepanjang tempoh 9 bulan yang istimewa ini.
Kami tahu mustahil untuk anda mengingat semua perkara yang telah anda pelajari tentang menjaga bayi baru lahir. Oleh itu, kami telah menyediakan peringatan tentang perkara yang perlu anda lakukan untuk memberi bayi anda permulaan yang ceria dan sihat.
Anda tidak perlu membeli perabot yang mewah atau mainan yang mahal untuk menyediakan bilik bayi yang ideal. Anda hanya perlu membuat pertimbangan bagi memastikan persekitaran itu selamat, tenteram dan bersedia untuk menyambut bayi anda.
Masa menyusu merupakan waktu yang baik untuk duduk diam, berehat dan mengeratkan ikatan dengan bayi anda melalui sentuhan. Ibu-ibu menyusukan bayi mereka dengan pelbagai cara yang berlainan. Ketahui lebih lanjut tentang cara menyusukan bayi anda.
Kita tahu bahawa memberi susu badan bukan sesuatu yang mudah bagi ramai ibu. Oleh itu, kami telah menyediakan sokongan untuk membantu anda mencari pilihan alternatif dalam mencipta pengalaman mengeratkan ikatan dengan bayi anda.
Untuk memberi bayi anda penjagaan yang terbaik, anda juga perlu menjaga diri sendiri. Ketahui perkara yang perlu anda lakukan untuk membantu membuatkan diri anda gembira dan sihat.
10 Hari Pertama
10 hari yang pertama selepas bayi anda dilahirkan akan berlalu dengan pantas. Kami telah menyediakan panduan pantas penjagaan bayi untuk membantu anda menumpukan pada detik-detik yang lebih bermakna. Panduan ini juga akan menghindarkan anda daripada berasa bimbang - “Adakah saya melakukan dengan betul?”