Skip to main content

Anda akan menjadi ibu dan bapa – detik paling istimewa dalam hidup anda! Jika anda berasa gementar, itu normal. Tetapi jika anda membuat persediaan lebih awal, itu akan membuatkan anda berasa lebih tenang. Berikut ialah beberapa langkah mudah yang boleh anda ambil untuk membantu anda bersiap sedia menyambut si manja.

Kelas Keibubapaan

Kelas keibubapaan sangat berguna untuk bakal ibu dan bapa. Dapatkan maklumat tentang kelas ini daripada hospital tempat anda merancang untuk bersalin, OB/GYN, bidan, rakan dan keluarga.

Pilihan Bersalin

Terdapat beberapa cara yang berlainan untuk bersalin, misalnya kaedah Lamaze, Bradley dan sebagainya. Lakukan penyelidikan dan berbincang dengan OB/GYN atau bidan anda untuk menentukan pilihan yang terbaik untuk anda dan bayi anda.

Pakar Kanak-kanak

Mulalah mencari pakar kanak-kanak kira-kira 3 bulan sebelum tarikh dijangka bersalin. Senaraikan calon-calon yang sesuai — minta syor daripada rakan, saudara-mara, jiran, rakan sekerja yang mempunyai anak, pakar sakit puan, bidan atau syarikat insurans anda. Jika boleh, jadualkan rundingan pranatal kira-kira 2 bulan sebelum tarikh dijangka bersalin.

Senarai Hubungan

Buat senarai hubungan (SMS, e-mel atau telefon) untuk memudahkan anda berkongsi perkembangan terkini dengan keluarga dan rakan.

Beg Pakaian

Masukkan pakaian dan keperluan lain ke dalam beg untuk dibawa ke hospital. Jangan lupa untuk membawa bersama-sama:

  • Baju tidur dan selipar
  • Kelengkapan mandi dan dandanan diri, termasuk berus gigi dan sikat rambut. Jangan lupa barang keperluan si ayah (misalnya baju bersih sekiranya perlu menukar baju)
  • Pakaian untuk pulang ke rumah: pilih pakaian yang selesa, yang anda pakai semasa bulan ke-5 dan seterusnya
  • Pakaian bayi yang akan dipakainya semasa pulang ke rumah: pakaian dalam atau “baju monyet” dan pakaian luar berbutang katup
  • Selimut untuk menyambut bayi (cuaca setempat akan menentukan sama ada anda memerlukan selimut tambahan atau tidak)
  • Pad ibu bersalin
  • Kamera/kamera video atau pengecas untuk telefon pintar anda
  • Coli khas dan pelapik coli untuk ibu yang merancang memberi susu badan
  • JOHNSON’S® baby TOP-TO-TOE™ wash, dengan rumusan NO MORE TEARS® adalah selamat, lembut dan terbukti sesuai untuk bayi baru lahir. Tanya pihak hospital anda tentang kelengkapan yang akan mereka gunakan untuk mandian pertama si manja... atau bawa sendiri dari rumah jika dibenarkan

Tempat Duduk Bayi

Pastikan tempat duduk bayi telah dipasang dengan betul di dalam kereta.

Bersiap Sedia untuk Bayi Anda

Cara menyediakan rumah anda untuk menyambut bayi baharu.

Mendapat tahu anda hamil merupakan sesuatu yang boleh membuatkan anda berasa sangat terharu pada mulanya. Jika anda ingin tahu cara lain untuk bersedia menyambut kedatangan si manja, BabyCenter® menyediakan petua tambahan yang dipecahkan mengikut trimester.

Para ibu di seluruh dunia yakin dengan penjagaan bayi oleh JOHNSON’S®

Kami bekerjasama dengan para ibu, pakar penjagaan kesihatan dan saintis bagi memastikan produk kami terus mencapai piawaian tertinggi dalam keselamatan, kualiti dan penjagaan.

Back to Top