Menyediakan Bilik Bayi
Menghias bilik bayi merupakan cara yang baik untuk menyalurkan keterujaan sebelum bersalin! Anda dan si manja akan menghabiskan banyak masa di bilik bayi, terutamanya apabila anda mula-mula membawanya pulang ke rumah. Oleh itu, penting untuk anda menjadikan bilik itu tempat yang tenteram, selesa dan selamat untuk anda berdua.
Anda dan si manja akan menghabiskan banyak masa di bilik bayi, terutamanya apabila anda mula-mula membawanya pulang ke rumah. Oleh itu, penting untuk anda menjadikan bilik itu tempat yang tenteram dan selesa untuk anda berdua.
Persekitaran yang Baik
Bilik si manja - sama ada ia terletak di dalam bilik tidur anda atau bilik yang berasingan - ia haruslah merupakan ruang yang senyap dengan cahaya yang malap dan bukan kawasan lalu-lalang. Sila ingat bahawa, si manja akan menghabiskan sebahagian besar masanya di sini melihat ke atas, jadi pastikan tiada lampu yang terang di atas kepalanya.
Bilik bayi haruslah merupakan tempat yang aman. Pastikan anda menyusun atur dan menghias bilik itu dengan matlamat agar ia mudah digunakan dan selesa untuk anda dan si manja. Susun perabot dan barangan lain dengan cara yang anda fikir paling logik. Tetapi, sila ingat bahawa anda mungkin perlu mengubah sedikit susunannya setelah anda mengenal pasti susunan yang terbaik untuk anda berdua.
Selain itu, pastikan anda memilih warna cat dan hiasan yang turut membuatkan anda gembira dan tenang. Ini kerana anda akan menghabiskan masa di bilik itu sebanyak si manja anda.
Manfaat Buaian
Pada beberapa bulan pertama selepas kelahiran, anda mungkin lebih suka menggunakan buaian. Tempat tidur bayi jenis ini boleh dibawa dari bilik ke bilik supaya anda boleh mengawasi si manja yang sedang tidur dengan rapi.
Buaian bukanlah satu kemestian. Oleh sebab kebanyakan buaian tidak menyokong berat bayi yang sudah besar, ia hanya berguna untuk empat atau lima bulan yang pertama. Ini membuatkannya dianggap sebagai bukan barang keperluan asas.
Memilih Katil Bayi
Keperluan bayi baru lahir anda sangat mudah: tilam yang pejal, rata dan kurungan yang kukuh di mana dia akan berasa dilindungi dan selamat.
Jika anda meminjam katil bayi terpakai, pastikan bahawa:
- Jarak antara kayu palangnya tidak melebihi 2 3/8 inci untuk mengelakkan badan si manja terlolos ke bawah. Pastikan tiada kayu palang yang tertanggal atau retak
- Tilam terletak dengan rapi. Ruang kosong antara pinggir tilam dan sisi katil mestilah tidak lebih daripada lebar dua jari anda. Buang sebarang penutup plastik. Jika menggunakan cadar, pastikan ia terpasang rapi dan tidak menggeleber
- Bahagian atas tiang penjuru tidak boleh lebih tinggi daripada 1/16 inci, atau tidak boleh lebih rendah daripada 16 inci jika berbumbung, untuk mengelakkan pakaian tersangkut atau menyebabkan kecederaan kepada si manja
- Tiada kesan potongan kayu yang kasar di kepala atau kaki katil – ia boleh mencederakan kepala atau anggota badan si manja
- Untuk mengelakkan bayi terbelit, pastikan anda membuang semua mainan bergerak atau gantung apabila si manja berusia 4 bulan atau mula belajar berdiri. Semasa si manja kurang daripada empat bulan, pastikan mainan gantung tidak boleh dicapai oleh si manja dan terpasang rapi supaya tidak terjatuh ke dalam katil bayi
- Jangan letakkan katil bayi berdekatan dengan tingkap yang mempunyai bidai, tali langsir atau wayar monitor bayi; jika si manja bermain dengan tali itu, dia mungkin akan terbelit. Jangan sekali-kali meletakkan katil bayi berhampiran tingkap di mana tingkap itu boleh dicapai dari katil bayi
- Katil bayi itu tidak mempunyai pengadang sisi yang boleh dilipat ke bawah – reka bentuk sebegini tidak lagi dibenarkan mengikut garis panduan keselamatan terkini dan peraturan persekutuan
- Semua bahagian katil bayi dipasang menggunakan perkakasan asal. Pembaikan sementara mungkin tidak selamat
Keselamatan Tidur
- Untuk mengurangkan risiko Sudden Infant Death Syndrome (SIDS) ataupun Sindrom Bayi Mati Secara tibe-tiba, si manja perlu dibaringkan menelentang apabila tiba masa untuk tidur. Sila ingat ungkapan "Belakang untuk Tidur" dan pastikan semua orang yang menjaga anak anda mematuhi peraturan ini, walaupun pada masa tidur sekejap
- Permukaan tidur mestilah pejal dan rata
- Bantal berbulu, pelapik tepi katil bayi, selimut dan mainan tidak harus diletakkan di dalam katil bayi semasa bayi sedang tidur
- Jangan gunakan peralatan untuk menetapkan posisi tidur. Ia mungkin kelihatan seperti idea yang baik, tetapi si manja boleh terperangkap dan lemas
- Walaupun selimut tidak digalakkan, anda boleh memastikan si manja tidak kesejukan dengan memakaikannya baju tidur yang tebal, misalnya baju tebal berzip. Jangan pakaikan baju tidur yang boleh terselak ke atas dan berkemungkinan untuk menutup muka si manja
Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang keselamatan tidur bayi, lawati CPSC.gov, aap.org, dan keepingbabiessafe.org.
Meja Menukar Lampin
Untuk menukar lampin si manja, anda boleh menggunakan meja yang direka khas untuk menukar lampin bayi. Anda juga boleh menggunakan permukaan yang rata dan selamat (seperti lantai atau katil) yang dialas pelapik getah atau tuala. Tidak kira apa pun pilihan anda, pastikan permukaannya kukuh.
Jika anda membeli meja menukar lampin yang direka khas untuk menukar lampin bayi, pastikan bahawa:
- Meja menukar lampin itu kukuh dan stabil, dengan pengadang setinggi 2 inci di sekeliling keempat-empat sisi. Bahagian atas meja menukar lampin haruslah cekung, iaitu bahagian tengahnya lebih rendah sedikit berbanding bahagian sekelilingnya
- Jika boleh, rapatkan meja menukar lampin ke dinding (ke penahan) untuk mengelakkannya daripada terbalik. Jika meja itu mempunyai roda, pastikan rodanya dikunci
- Sediakan semua barang keperluan sebelum anda menukar lampin si manja. Pastikan barang tersebut berada dalam jangkauan anda, tetapi di luar jangkauan si manja. Jangan beri si manja bekas bedak atau sebagainya untuk dipegang semasa anda menukar lampinnya; sebaliknya beri bayi anda mainan untuk dipegang
Jangan sekali-kali membiarkan si manja bersendirian di atas meja menukar lampin, walaupun seminit.SENTIASA pastikan sebelah tangan anda memegang si manja semasa dia berada di atas meja menukar lampin, walaupun anda telah memasang tali keselamatan pada bayi anda. Abaikan telefon yang berdering pada masa ini - keselamatan si manja adalah lebih utama!
Video Fakta #4
Keselamatan juga keutamaan nombor satu kami. Ketahui mengapa.
Selain bilik bayi, anda mungkin ingin mengambil langkah bagi menjadikan seluruh rumah anda selamat untuk si manja. Lawati BabyCenter® untuk mengetahui perkara yang perlu dilakukan sebelum si manja lahir mahupun semasa dia membesar.
Para ibu di seluruh dunia yakin dengan penjagaan bayi oleh JOHNSON’S®
Kami bekerjasama dengan para ibu, pakar penjagaan kesihatan dan saintis bagi memastikan produk kami terus mencapai piawaian tertinggi dalam keselamatan, kualiti dan penjagaan.