Bagaimana Kami Mengira 96%
Beberapa sebab mengapa masih ada baki 4% lagi
Kami menggunakan bahan berikut dalam produk kami untuk manfaat tertentu:


Pengawet adalah penting untuk mencegah kulat dan bakteria daripada membiak dan memudaratkan bayi anda.

Asid sitrik dan natrium hidroksida mengimbangi paras pH dalam produk kami dengan pH pada kulit bayi anda. Ini penting bagi fungsi enzim kulit, perlindungan daripada jangkitan dan proses pembaikan kulit.

Agen perapi kulit membantu melegakan kulit manakala agen perapi rambut dan anti statik membantu mencegah kehilangan kelembapan dan mengekalkan rambut agar kelihatan dan berasa sihat.

Vitamin dan antioksida membantu mencegah produk daripada teroksida dan menghasilkan radikal bebas supaya produk melindungi kulit bayi dengan selamat.

Wangian membantu memperkembangkan deria dan menjadikan waktu mandi lebih menyeronokkan.
