Skip to main content
Ingredients

Bahan-bahan

Setiap bahan dalam produk JOHNSON’S® mempunyai tujuan tersendiri.

Kami menggunakan tatanama INCI (International Nomenclature of Cosmetic Ingredients) yang diperlukan menurut undang-undang untuk menjelaskan setiap ramuan pada label, namun kami sedar tidak semuanya diketahui umum. Jika anda ingin tahu apa fungsi setiap bahan atau kenapa ia dimasukkan, cuba lihat senarai bahan-bahan kami yang diberi kod warna. 

  • Ungu – Menambah warna pada produk
  • Oren – membantu membersihkan kulit dan/atau rambut
  • Hijau – membantu mengekalkan kelikatan produk
  • Merah – menambah kelembapan pada kulit dan rambut
  • Biru Pekat – membantu mengekalkan kesegaran produk
  • Emas– membantu menyelaras tahap ph
  • Merah Jambu – membantu mengekalkan pencampuran produk
  • Kelabu – membantu menyerap kelembapan
  • A
    • Akrilat Kopolimer
    • Akrilat/C10-30 Alkil Akrilat Polimer Silang
    • Ekstrak Daun Aloe Barbadensis
    • Tepung Kernel Avena Sativa (Oat)
  • B
    • Behenil Alkohol
    • Blue 1
    • Butyrospermum Parkii (Mentega Sayur)
  • C
    • Karbomer
    • Ceteareth-6
    • Stearil Alkohol
    • Setearil Glukosida
    • Setil Alkohol
    • Asid Sitrik
    • Kokamidopropil Betaina
    • Koko Glukosida
    • Kapas
  • D
    • Dimetikon
    • Dinatrium Lauroamfodiasetat
  • E
    • Ekst.
    • Etilheksilgliserin Ungu 2
  • F
    • Wangian/Pewangi
  • G
    • Gliserin
    • Gliseril Oleat
    • Gliseril Stearat
    • Minyak Glisina Soja (Kacang Soya)
    • Glikol Distearat
    • Guar Hidroksipropiltrimonium Klorida
  • H
    • Gliserida Sawit Berhidrogen
  • I
    • Isopropil Palmitat
  • J
  • K
  • L
    • Lauret-4
    • Lauril Glukosid
  • M
    • Magnesium Aluminium Silikat
    • Minyak Mineral
  • N
  • O
  • P
    • Asid p-Anisik
    • PEG-150 Distearat
    • Minyak Kastor Berhidrogen PEG-40
    • PEG-80 Sorbitan Laurat
    • Fenoksietanol
    • Polikuaternium-10
    • Polikuaternium-37
    • Polikuaternium-7
    • Polisorbat 20
    • Propilena Glikol
  • Q
  • R
    • Merah 33
  • S
    • Natrium Benzoat
    • Natrium Klorida
    • Natrium Sitrat
    • Natrium Kokoil Isetionat
    • Natrium Hidroksida
    • Natrium Lauret Sulfat
    • Natrium Lauroamfoasetat
    • Natrium Kernelat Sawit
    • Natrium Palmat
    • Natrium Trideset Sulfat
    • Asid Stearik
    • Stearil Alkohol
  • T
    • Talkum
    • Tetranatrium EDTA
    • Tokoferil Asetat (Vitamin E)
  • U
  • V
    • Ungu 2
  • W
    • Air
  • X
    • Gam Xanthan
  • Y
    • Kuning 10
    • Kuning 6
  • Z

Memilih pengawet yang lebih selamat

Pengawet mendapat reputasi buruk sejak akhir-akhir ini, namun ia memainkan peranan penting dalam keselamatan produk.

Cuba fikirkan tentang pengawet sebagai bahan yang mengelakkan kerosakan - seperti sesetengah makanan, yang mana memerlukan pengawet ini untuk membolehkannya kekal segar, dengan mengelakkan pertumbuhan kulat atau bakteria di dalamnya. Malah, tanpa sebarang jenis sistem pengawet, anda terpaksa membuang produk selepas hanya beberapa minggu untuk mengelakkannya menjadi berkulat atau anda mengalami risiko jangkitan bakteria.

JOHNSON’S® mengambil berat tentang cara-cara terbaik memastikan produk kami kekal selamat digunakan. Terdapat banyak jenis pengawet yang dibenarkan untuk penggunaan oleh agensi kawal selia di seluruh dunia (dianggarkan melebihi 60), tetapi hanya sebilangan kecil yang menepati keperluan ketat kami untuk bayi.

Setiap bahan pengawet yang kami gunakan mesti menepati proses jaminan keselamatan 5 peringkat dan juga Piawaian JOHNSON’S® BEST FOR BABY untuk keselamatan. Apabila memilih pengawet, kami turut menepati langkah-langkah keselamatan yang lain, termasuk:

  • Tinjauan semula yang berterusan ke atas kajian dan data sedia ada yang terkini mengenai bahan-bahan pengawet.
  • Mengenalpasti faktor-faktor yang mungkin memberi impak kepada keberkesanan dan keselamatan penggunaan produk, termasuk cara penggunaan dan tempat simpanan.
  • Penilaian semua pembekal bahan-bahan kami bagi memastikan mereka menepati tahap piawaian tinggi kami untuk kualiti dan keselamatan.

Untuk maklumat lanjut mengenai peranan pengawet dalam mengekalkan keselamatan produk, sila tonton video ini.

Soalan Anda tentang Bahan-bahan Dijawab

Kami sedia membantu anda.

Anda boleh menghantar e-mel, berkongsi gambar, mengemukakan rungutan, meminta nasihat dan sebagainya - kami sedia membantu anda. Jangan bimbang, tiada soalan yang tidak baik, terutama apabila ia tentang penjagaan dan keprihatian anda berhubung si manja. Jadi jangan segan-segan, ajukan pertanyaan anda kepada kami tentang apa-apa sahaja yang terlintas di fikiran anda. Untuk bermula, berikut ialah beberapa soalan yang kami terima baru-baru ini. Untuk mendapatkan lebih banyak jawapan bagi soalan yang sering ditanya, sila lihat siri video MythConception kami/a>.

S: Apa itu minyak pati dan adakah ia sesuai untuk digunakan pada bayi saya?

J:Minyak pati ialah cecair likat yang mengandungi aroma berasaskan tumbuhan. Ia digunakan sebagai pewangi dalam banyak produk pengguna. Walaupun minyak pati adalah semula jadi dan kadangkala mungkin selamat untuk orang dewasa, ia juga mengandungi alergen dan boleh merengsakan kulit bayi, oleh itu ia tidak lulus keperluan atau ujian keselamatan JOHNSON'S®. JOHNSON'S® tidak menyokong penggunaan minyak pati dalam produk bayi.

S:Saya perhatikan bahawa beberapa produk penjagaan bayi semula jadi yang saya lihat di kedai mempunyai warna dan tekstur yang berlainan. Mengapa begitu?

J:Perkara yang anda perkatakan itu adalah tentang "jangka hayat" dan ia sangat penting kerana kadangkala syampu atau cecair pencuci bayi mungkin telah berada di kedai selama beberapa minggu sebelum anda membeli dan menggunakannya. Produk yang kelihatan mempunyai dua lapisan, berubah warna atau mempunyai bau yang luar biasa secara umumnya menunjukkan interaksi bahan yang tidak diingini atau tidak diduga. Mengapa ambil risiko? Kami tidak mengesyorkan anda menggunakannya pada bayi anda.

S:Saya andaikan bahawa produk yang lebih mahal mesti lebih baik dan mempunyai bahan-bahan yang lebih baik. Adakah ini benar?

J: Malangnya, harga yang mahal tidak semestinya bermakna bahawa produk itu mempunyai bahan-bahan yang lebih baik atau selamat. Di JOHNSON'S®, kami percaya bahawa kami perlu mengenakan harga yang adil supaya para ibu dan bayi dapat membeli dan menggunakan produk yang selamat.

Apakah soalan yang ingin anda tanyakan? Sila hubungi khidmat pelanggan kami di 1-800-222-565 (bebas tol) dari 09:00 pagi hingga 05:00 petang, Isnin hingga Jumaat, kecuali cuti umum.


Siri video MythConception

Rutin 3 langkah unik kami merupakan rutin waktu malam yang pertama dan satu-satunya yang terbukti berkesan secara klinikal untuk membantu si kecil yang berusia 7 hingga 36 bulan tidur dengan lebih baik dalam masa hanya seminggu.

Kenal pasti, cegah dan rawat ruam lampin dengan panduan berguna ini.

Terokai semua produk bayi JOHNSON’S® atau gunakan penapis produk kami untuk memudahkan carian anda, dan membantu anda mendapatkan apa yang anda perlukan - dengan segera.

Para ibu di seluruh dunia yakin dengan penjagaan bayi oleh JOHNSON’S®

Kami bekerjasama dengan para ibu, pakar penjagaan kesihatan dan saintis bagi memastikan produk kami terus mencapai piawaian tertinggi dalam keselamatan, kualiti dan penjagaan.

Back to Top