Skip to main content

Komitmen Kami terhadap Keluarga

Kami menyokong bayi yang sihat dan ceria serta keluarga mereka. Tidak kira di mana mereka berada. Berikut adalah antara perkongsian yang kami sertai bersama-sama dengan syarikat induk kami Johnson & Johnson.

Save the Children®

Johnson & Johnson berganding bahu dengan Save the Children® dalam usaha di peringkat antarabangsa untuk menyediakan penjagaan kesihatan, bantuan dan pendidikan kepada keluarga dalam masyarakat yang terjejas akibat krisis atau kemiskinan.

Komitmen Kami terhadap Persekitaran yang Sihat

Kami berjanji untuk menghasilkan semua formula dengan mengambil berat tentang persekitaran kerana perkembangan bayi dipengaruhi oleh dunia sekeliling di mana mereka membesar.

Kita perlu mewujudkan dunia di mana setiap bayi boleh membesar dengan sihat. Oleh sebab itu, Johnson’s® sentiasa berusaha untuk menambah baik kesan persekitaran kami.

Langkah Johnson’s® untuk ‘Gentle’ Terhadap Persekitaran

  • Kami mengutamakan penggunaan bahan yang tidak memudaratkan kehidupan akuatik dan sistem ekologi.
  • Kami menggunakan satu sistem berpaten yang membantu merumuskan produk yang bukan toksik, terbiodegradasi dan tidak bioakumulatif dalam persekitaran.
  • Kami menganggarkan bahawa proses yang lebih cekap akan mengurangkan penggunaan air sebanyak 20% di tapak pengilangan milik kami.

 

Kami bangga mengambil bahagian dalam program berikut untuk membantu melindungi persekitaran demi generasi kita yang akan datang.

 

Back to Top