Skip to main content
Get to Know Us - Who We Are

Tentang Kami

Siapa Kami

Kami adalah ibu, ayah, anak, kakak, abang, datuk, nenek, ibu saudara dan bapa saudara.

Kami mengambil berat tentang kesihatan keluarga - anda dan kami - dan inilah sebabnya kami bekerja di JOHNSON'S®. JOHNSON'S® sentiasa mencabar kami untuk bertanyakan "apa yang terbaik bagi bayi?". Kami bangga dengan komitmen kami untuk menghasilkan produk penjagaan bayi yang berkualiti tinggi dan kami hanya membuat produk yang sanggup kami gunakan untuk keluarga kami.


Apa Kami Lakukan

Misi kami adalah untuk menghasilkan produk penjagaan bayi terbaik di dunia.

Bagi kami, yang terbaik bermaksud selamat, murni, diuji dengan teliti, dan mengandungi rumusan termaju yang mampu terhasil melalui gabungan sains dan kasih sayang. Produk kami direka untuk menggalakkan pengalaman pelbagai deria, yang diketahui umum dapat mempertingkatkan perkembangan emosi, kognitif dan fizikal dalam bayi.


Bagaimana Kami Melakukannya

Secara jujurnya kami nyatakan, tanpa dedikasi kami kepada sains dan untuk terus belajar daripada teknologi dan proses baru, kami tidak dapat bayangkan bagaimana kami mampu memberi penjagaan terbaik kepada bayi-bayi kami. Kerana inilah, sudah berdekad lamanya, proses keselamatan kami merupakan antara proses pengujian produk yang paling teliti dan rapi dalam industri kami.

Rutin 3 langkah unik kami merupakan rutin waktu malam yang pertama dan satu-satunya yang terbukti berkesan secara klinikal untuk membantu si kecil yang berusia 7 hingga 36 bulan tidur dengan lebih baik dalam masa hanya seminggu.

Kenal pasti, cegah dan rawat ruam lampin dengan panduan berguna ini.

Terokai semua produk bayi JOHNSON’S® atau gunakan penapis produk kami untuk memudahkan carian anda, dan membantu anda mendapatkan apa yang anda perlukan - dengan segera.

Para ibu di seluruh dunia yakin dengan penjagaan bayi oleh JOHNSON’S®

Kami bekerjasama dengan para ibu, pakar penjagaan kesihatan dan saintis bagi memastikan produk kami terus mencapai piawaian tertinggi dalam keselamatan, kualiti dan penjagaan.

Back to Top