Skip to main content

Apabila kandungan anda semakin membesar, anda akan mengalami perubahan fizikal, termasuk sakit belakang, pertambahan berat badan dan pembendungan cecair. Walaupun tidak selesa mengalaminya, simptom seperti ini adalah normal dan selalunya akan hilang apabila tarikh bersalin semakin hampir atau selepas melahirkan.

Sementara itu, terdapat pelbagai cara untuk mengurus gejala tersebut supaya anda tetap berasa yakin dengan diri sendiri semasa dan selepas mengandung.

Pertambahan Berat Badan

Cuba sematkan dalam minda bahawa berat badan tambahan itu penting untuk kandungan yang sihat dan ia akan hilang selepas bayi anda dilahirkan kelak. Tumpukan perhatian anda pada:

  • Makan makanan yang berkhasiat
  • Mengurangkan makanan ringan
  • Bersenam dengan kerap (dapatkan nasihat doktor anda dahulu)

Sakit Belakang

Jika anda mengalami sakit belakang yang disebabkan oleh kehamilan, cuba kaedah berikut untuk mengurangkan ketidakselesaan dan mendapat tidur malam yang baik (di bawah pengawasan doktor anda):

  • Regangan atau yoga yang mudah untuk menguat dan meregangkan otot belakang dan kaki
  • Manjakan diri anda dengan memberikan urutan untuk merehat dan melonggarkan otot belakang yang tegang
  • Cuba tidur mengiring dan letakkan bantal di antara kedua belah lutut yang dibengkokkan untuk menyokong belakang badan anda

Pergelangan Kaki dan Tapak Kaki Bengkak

Oleh sebab badan anda membendung lebih banyak cecair semasa hamil, anda mungkin mengalami bengkak di kaki, pergelangan kaki dan/atau tapak kaki (edema), terutamanya semasa trimester ketiga. Untuk melegakan keadaan ini:

  • Elakkan berdiri seboleh mungkin
  • Pakai kasut yang selesai
  • Elakkan duduk atau berdiri terlalu lama

Nota: Hubungi doktor jika anda melihat tangan dan muka anda bengkak dengan tiba-tiba. Ia mungkin menandakan masalah kehamilan yang berbahaya yang dipanggil praeklampsia.

Gatal-gatal pada Kulit

Jika anda berasa gatal-gatal pada kulit, itu bukanlah perkara yang luar biasa kerana kulit di bahagian perut dan buah dada anda mengembang. Sesetengah wanita hamil juga mendapati bahawa tapak tangan dan tapak kaki mereka menjadi merah. Anda juga mungkin mendapati masalah kulit anda yang sedia ada (seperti kulit kering, ekzema atau alahan makanan) menjadikan rasa gatal anda semakin teruk.

Untuk mengurangkan rasa tidak selesa, elakkan mandi dengan air panas, gunakan sabun yang lembut dan lembapkan kulit dengan losyen yang tidak mengandungi wangian.

Kegatalan yang Teruk

Kegatalan yang teruk pada trimester kedua atau yang lebih biasa, trimester ketiga, mungkin menandakan kolestasis intrahepar kehamilan, iaitu masalah hati yang melibatkan sehingga 2 peratus wanita hamil dan mungkin memberi masalah kepada bayi anda. Hubungi doktor anda dengan segera jika anda rasa anda mungkin menghidap kolestasis. Jika ya, doktor anda akan mengesyorkan supaya anda menjalani ujian yang sesuai untuk anda dan bayi anda.

Bila Perlu Berjumpa Doktor: Hubungi doktor sakit puan anda dengan segera jika anda mula berasa gatal yang melampau dan berlarutan.

Kesan Regangan

Tidak semua wanita mendapat kesan regangan. Memandangkan kesan regangan muncul di kawasan di mana kulit meregang dengan mendadak disebabkan oleh pertambahan berat badan, anda boleh mengurangkan risiko mendapat kesan regangan dengan mengawal pertambahan berat badan anda. Selain itu, pastikan anda tidak melebihi berat badan yang disyorkan untuk jenis badan anda.

Jika anda mendapat kesan regangan, terdapat beberapa pilihan untuk memudarkan kesan tersebut. Beberapa kajian telah menunjukkan bahawa ubat sapu seperti krim tretinoin boleh membantu; walau bagaimanapun, ia mesti disapu sejurus selepas anda bersalin (nota: Sesetengah ubat sapu tidak selamat untuk digunakan semasa hamil dan/atau menyusukan bayi. Oleh itu, sila dapatkan nasihat daripada doktor anda).

  • Beberapa kajian telah menunjukkan bahawa ubat sapu seperti krim tretinoin boleh membantu; walau bagaimanapun, ia mesti disapu sejurus selepas anda bersalin (nota: Sesetengah ubat sapu tidak selamat untuk digunakan semasa hamil dan/atau menyusukan bayi. Oleh itu, sila dapatkan nasihat daripada doktor anda).
  • Terdapat beberapa bukti bahawa rawatan laser boleh membantu memulihkan keanjalan dan pigmentasi kulit; jika anda berminat, sila berbincang dengan pakar kulit. Malangnya, rawatan kosmetik ini tidak dilindungi oleh insurans.

Kuku Memanjang dengan Cepat

Kadangkala, sekitar bulan yang keempat, kuku anda mungkin akan mula memanjang dengan lebih cepat daripada biasa. Ia juga mungkin akan menjadi lebih lembut atau rapuh serta beralur halus. Ia sepatutnya akan kembali kepada keadaannya yang normal beberapa bulan selepas bersalin.

Perubahan Badan yang Menyenangkan

Walaupun kehamilan membawa banyak cabaran dari segi fizikal, terdapat beberapa perubahan fizikal yang anda harap ia berkekalan, misalnya:

  • Rambut yang lebat
  • Muka kelihatan berseri
  • Buah dada yang lebih besar

Perubahan Badan Anda

Ketahui perkara yang dijangkakan daripada badan anda semasa hamil

Nikmati tiga resipi enak lagi berkhasiat daripada BabyCenter® untuk menghilangkan rasa mengidam anda dengan cara yang sihat.

Para ibu di seluruh dunia yakin dengan penjagaan bayi oleh JOHNSON’S®

Kami bekerjasama dengan para ibu, pakar penjagaan kesihatan dan saintis bagi memastikan produk kami terus mencapai piawaian tertinggi dalam keselamatan, kualiti dan penjagaan.

Back to Top