Skip to main content

Pada peringkat ini, bayi anda akan menjadi jauh lebih aktif, mengeliang-geliut, duduk, merangkak dan cuba berdiri. Sila ingat bahawa bayi yang aktif memang akan banyak bergerak. Oleh itu, anda perlu menjadi kreatif dalam urutan anda. Anda perlu pantas mencapai dan mengurut bahagian yang hampir dengan tangan anda. Waktu ini juga merupakan masa yang sesuai untuk menyertakan lebih keseronokan ke dalam sesi urutan. Sertakan nyanyian, pantun dan permainan ke dalam rutin anda. Sesuaikan gerakan urutan anda dengan peringkat perkembangan aktif bayi anda. Urutan akan membantu meningkatkan keyakinan diri dan keupayaan si manja untuk berhubung dengan orang lain. Selain itu, urutan juga boleh membantu membina koordinasi dan kekuatan bagi membantu si manja bersedia untuk bertatih.

Urutan akan membantu meningkatkan keyakinan diri dan keupayaan si manja untuk berhubung dengan orang lain. Selain itu, urutan juga boleh membantu membina koordinasi dan kekuatan bagi membantu si manja bersedia untuk bertatih.

Legs Rolling

Kaki – Melurut

Melurut kaki merupakan aktiviti yang menyeronokkan, yang meningkatkan kesedaran badan. Apabila bayi menunjukkan tanda-tanda bahawa dia seronok dengan gerakan itu, anda boleh menyertakan nyanyian. Jangan lupa untuk memperlahankan rentak nyanyian anda supaya bayi anda boleh ikut serta.

Dengan menggunakan tangan anda, lurut kaki si manja dari pangkal paha ke pergelangan kaki. Jika kaki bayi anda lebih panjang, sesuaikan gerakan ini, lurut kaki si manja dari lutut ke pergelangan kaki.


Back

Belakang

Jika bayi anda ingin duduk tegak, anda boleh menyesuaikan urutan anda. Mengurut dalam kedudukan ini membantu si manja untuk duduk tanpa sokongan. Ia juga akan menguatkan otot belakangnya. Urutan ini juga menenangkan dan boleh dijadikan rutin masa tidur yang mententeramkan.

Leretkan tangan anda, satu demi satu, ke bawah dari leher ke punggung dan ke bawah lagi. Bayi anda mungkin ingin bermain dengan barang mainannya semasa anda mengurut.


Gentle Movements

Gerakan Lembut

Gerakan lembut, yang merupakan satu set senaman ringkas untuk membantu membina koordinasi bayi anda, menjajarkan tulang belakang dan memastikan bayi anda fleksibel. Anda akan belajar lebih banyak lagi apabila anda menghadiri kelas mengurut, tetapi kami berikan satu contoh di bawah ini.


Cross-Cross-Cross-Open

Silang-Silang-Silang-Depang

Silangkan lengan bayi anda di dada sebanyak tiga kali, selang-selikan, lengan yang di bawah dan di atas. Kemudian depangkan lengannya ke sisi dengan perlahan-lahan. Rentaknya adalah: silang-silang-silang-depang. Ulang.

Cium dan dakap si manja untuk menamatkan urutan.

Gerakan urutan ini adalah berdasarkan INFANT MASSAGE: A Handbook for Loving Parents oleh Vimala McClure, pengasas IAIM.

IAIM ialah sebuah pertubuhan bukan berasaskan keuntungan dan tidak menyokong mana-mana produk.

Mengeratkan Ikatan melalui Urutan

Tunjukkan kepadanya kasih sayang anda menggunakan bahasa pertama bayi anda - sentuhan

Adakah anda tahu bahawa bayi yang diajak berbual dengan lebih kerap mempunyai IQ 1.5 kali lebih tinggi daripada yang lain? BabyCenter® menyenaraikan 5 rahsia untuk membesarkan bayi yang lebih cerdik.

Para ibu di seluruh dunia yakin dengan penjagaan bayi oleh JOHNSON’S®

Kami bekerjasama dengan para ibu, pakar penjagaan kesihatan dan saintis bagi memastikan produk kami terus mencapai piawaian tertinggi dalam keselamatan, kualiti dan penjagaan.

Back to Top