Skip to main content

Walaupun bayi anda kelihatan begitu lembut dan sukar dikendalikan, jangan takut untuk memulakan rutin mengurut sejurus selepas kelahiran. Urutan rutin membantu anda mengeratkan ikatan dan ini membawa kepada perkembangan bayi yang ceria dan sihat. 

Melalui urutan, anda boleh meningkatkan kesedaran tentang cara bayi anda berkomunikasi. Selain itu, anda akan memperoleh idea tentang cara untuk memegang dan menyokong si manja dalam beberapa bulan pertamanya. Anda dan bayi anda akan mempelajari perkara yang terbaik untuk anda berdua. Penting untuk anda menyedari bahawa urutan merupakan sesuatu yang anda lakukan bersamanya, bukan kepadanya.

Mengurut Bayi Baru Lahir Anda

Sentuhan ialah cara yang menakjubkan untuk menyampaikan kasih sayang anda kepada si manja. Dalam beberapa minggu yang pertama, gunakan gerakan yang perlahan serta positif dan jangan urut satu-satu kawasan itu terlalu lama. Untuk beberapa minggu yang pertama, bayi yang baru lahir mungkin mendapati deria mereka menerima rangsangan yang berlebihan. Kebanyakan bayi akan berasa tenang semasa dalam dakapan ibu bapa mereka, manakala bayi yang lain mungkin hanya mahu dibelai di belakang badan, berlapikkan pakaian mereka.

Massage Resting Hands

Tangan yang Direhatkan

Jika bayi anda ""bersetuju"" untuk diurut, mulakan dengan tangan yang direhatkan di atas badan bayi. Teknik tangan direhatkan ini digunakan sebelum mengurut mana-mana bahagian badan. Ia juga boleh digunakan apabila bayi anda memerlukan rehat semasa sesi urutan. Ini ialah cara yang baik untuk membuatkan bayi anda berasa selamat dan seronok disentuh.


Massage Legs

Kaki

Sebelum bermula, pastikan minyak di tangan anda cukup. Jika bayi anda baru lahir, sila bermula dari kaki kerana ia merupakan bahagian badan yang biasanya diterima oleh bayi. Gerakan ke arah bawah lebih menenangkan.

Kaki – Gaya Perah Susu

Dengan sebelah tangan, pegang pergelangan kaki bayi anda dengan lembut. Letakkan tangan yang satu lagi di bahagian atas paha si manja, pegang kakinya sepertimana anda memerah susu lembu dan lurut ke arah bawah di sepanjang kaki hingga ke pergelangan kaki. Ulang langkah yang sama dengan genggaman yang erat tetapi lembut dan berentak, satu tangan demi satu tangan.


Massage Feet

Tapak Kaki

Bayi biasanya suka jika anda mengurut tapak kaki mereka. Perhatikan reaksi bayi anda, kalau-kalau dia berasa sensitif di tapak kakinya. Urutan kaki yang lembut boleh memberikan kesan yang positif kepada seluruh badan.

Picit dan lurut setiap jari kaki si manja dengan mengepitnya di antara ibu jari dan jari telunjuk anda. Dengan ibu jari kiri dan kanan berganti-ganti, urut bahagian atas tapak kaki dari jari kaki ke pergelangan kaki. Ulang beberapa kali.


Massage Tummy

Perut

Apabila tali pusat bayi sudah tertanggal dan pusatnya kering, urutan lembut pada perut boleh membantu proses penghadaman dan melegakan masalah perut.

Mulakan dengan merehatkan tangan anda di atas perut bayi anda. Sentuhan ini sangat mententeramkan. Jika bayi anda berasa gembira, buat gerakan mendayung yang lembut, selang-selikan antara tangan kiri dan kanan.


Massage Back

Belakang

Sentuhan kulit ke kulit boleh meningkatkan pengalaman mengeratkan ikatan antara bayi, ibu dan ayah.

Dukung bayi anda dan rapatkannya ke dada, urut belakang badan si manja bermula dari leher dan turun ke bawah hingga ke punggungnya.

Gerakan urutan ini adalah berdasarkan INFANT MASSAGE: A Handbook for Loving Parents oleh Vimala McClure,pengasas IAIM.

IAIM ialah sebuah pertubuhan bukan berasaskan keuntungan dan tidak menyokong mana-mana produk.

Kemurungan Selepas Bersalin dan Menggunakan Sentuhan untuk Berkomunikasi serta Mengeratkan Ikatan

Selepas kelahiran bayi , ramai ibu dan sesetengah bapa mungkin mengalami pelbagai jenis kemurungan. 'Baby Blues' atau kecelaruan emosi selepas melahirkan bayi merupakan perkara biasa dan boleh menyebabkan ibu berasa sangat gembira pada suatu ketika dan sangat beremosi pada ketika yang lain. Kecelaruan emosi ini biasanya akan hilang selepas beberapa hari. Kemurungan ialah keadaan yang lebih serius dan berlarutan lebih lama. Ibu yang mengalami kemurungan mungkin menunjukkan simptom-simptomnya sejurus selepas melahirkan atau beberapa minggu kemudiannya.

Penyelidikan terhadap kemurungan selepas bersalin menunjukkan bahawa urutan boleh merapatkan hubungan antara ibu bapa dan bayi. Ini kerana semasa mengurut, hubungan mata, sentuhan kulit, interaksi suara dan interaksi sensitif banyak berlaku.

Mengeratkan Ikatan melalui Urutan

Tunjukkan kepadanya kasih sayang anda menggunakan bahasa pertama bayi anda - sentuhan

Mungkin ikatan anda dengannya sudah semakin erat dan mungkin juga anda masih menunggu keajaiban untuk berlaku. Walau apapun situasi anda, tarik nafas dan semak asas-asas mengeratkan ikatan dengan bayi baru lahir di BabyCenter®.

Para ibu di seluruh dunia yakin dengan penjagaan bayi oleh JOHNSON’S®

Kami bekerjasama dengan para ibu, pakar penjagaan kesihatan dan saintis bagi memastikan produk kami terus mencapai piawaian tertinggi dalam keselamatan, kualiti dan penjagaan.

Back to Top