Skip to main content
Kenali Kami
Untuk Pakar
Lokasi Jualan
Baby Center
Malay
  • Kategori
    • Mandian Bayi
    • Kolon
    • Penjagaan Rambut
    • Losyen
    • Minyak
    • Bedak
    • Tisu Basah
    • Sabun Mandi
    Tahap Perkembangan
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Anak yang Aktif
    • Orang Dewasa
    Ritual
    • Memandikan Bayi Baru Lahir
    • Memandikan Bayi
    • Mengurut Bayi
    • Melembapkan Bayi
    • Waktu Tidur Bayi
    • Waktu Bermain Bayi
    • Penjagaan Kulit Bayi
  • Persediaan Menyambut Bayi Anda
  • Menjaga Bayi Anda
    Memandikan Bayi Anda
    Mengurut Bayi Anda
    Rutin Masa Tidur Bayi
    Hal Ehwal Lampin
  • Bermain & Belajar
  • MISI KAMI
    • Misi Kami
    • Bau & Wangian
    • Usaha Kelestarian
    • Piawaian Keselamatan Kami
    • Piawaian Kami untuk Semula Jadi
    KENALI KAMI
    • GET TO KNOW US
    • Tentang Kami
    • So Much More™
    • Sains Bayi
    • Keselamatan
    • Lebih daripada Sekadar
    • Bahan-bahan
    Kami Komitted untuk Penjagaan Bayi
    Newborn Skin Conditions

    Masalah Kulit Bayi Baru Lahir

    Kulit bayi anda masih berkembang, jadi ia memerlukan penjagaan yang khusus. Semasa kulit bayi menyesuaikan diri dengan dunia baharunya, ramai bayi baru lahir mengalami masalah kulit yang biasa berlaku ini.

    Kulit bayi baru lahir yang terbiasa dengan persekitaran seperti air semasa dalam kandungan mesti menyesuaikan diri dengan persekitaran yang lebih kering selepas dilahirkan. Peralihan ini mengambil masa yang agak lama. Kulit si manja akan terus berkembang beberapa lama selepas dilahirkan. Ini menjadikan kulitnya lebih halus dan sensitif berbanding kulit anda. Walaupun kulit si manja boleh menyerap lembapan pada kadar yang lebih cepat berbanding kulit orang dewasa, ia juga boleh kehilangan lembapan dengan lebih cepat. Ini membuatkan kulit bayi anda mudah menjadi kering.  Selain itu, sistem imun si manja masih belum matang jadi bayi anda sangat mudah mendapat jangkitan.

     Akne Bayi 

    Lebih kurang 20 peratus daripada semua bayi di dunia mendapat akne bayi. Ia biasanya sembuh sendiri dalam tempoh beberapa bulan yang pertama. Ia mungkin muncul dalam bentuk jerawat, bintik putih atau ruam ringan. Jerawat atau bintik kecil berwarna putih yang dipanggil milia ini biasanya muncul di muka, terutamanya di bahagian hidung dan dagu. Ia tidak gatal dan tidak mengganggu si manja. Ia disebabkan oleh kelenjar peluh yang belum matang dan mungkin juga hormon daripada kehamilan anda. Ia akan hilang sendiri tanpa rawatan.

    Walaupun kebanyakan jerawat bayi akan hilang dengan sendirinya, jika keadaan si manja teruk atau anda berasa bimbang melihatnya, sila berbincang dengan penyedia penjagaan kesihatan bayi anda.

     Kulit Mengelupas 

    Pada beberapa hari yang pertama, anda juga mungkin mendapati kulit si manja mengelupas sedikit, terutamanya di tapak tangan, tapak kaki dan pergelangan kakinya. Ini adalah normal, terutamanya jika si manja dilahirkan lebih lewat daripada tarikh dia dijangka lahir. Selepas beberapa hari, pengelupasan itu akan hilang. Anda boleh bertanya kepada penyedia penjagaan kesihatan si manja jika anda ingin menggunakan salap bayi atau pelembap

     Kerak Kepala 

    Sesetengah bayi mendapat kerak kepala atau dermatitis seborea – masalah kulit yang kelihatan seperti tompok berkerak atau bersisik pada kulit kepala atau kening. Ini merupakan masalah kulit yang sangat biasa. Ia mungkin bermula pada beberapa minggu yang pertama dan biasanya berlarutan selama beberapa minggu atau bulan. Mujurlah masalah kulit jenis ini biasanya sembuh sepenuhnya apabila si manja berusia antara lapan hingga 12 bulan.

    Untuk membantu mengurangkan kerak kepala, anda boleh menyapukan pelembap atau minyak seperti JOHNSON'S® baby Oil di bahagian yang bermasalah dan mengurutnya dengan perlahan-lahan untuk melembutkan kerak itu. Tunggu beberapa minit, kemudian sikat dengan perlahan-lahan untuk menanggalkan serpihannya. Kemudian anda boleh mencuci kepala si manja dengan syampu lembut yang dirumus khas untuk bayi seperti JOHNSON'S® baby shampoo.

     Ruam Lampin 

    Lambat atau cepat, kebanyakan bayi akan mengalami ruam lampin. Untuk mendapatkan maklumat mengenai penjagaan dan perlindungan ruam lampin, lawati panduan ruam lampinkami.

    Walaupun kebanyakan masalah kulit ini sembuh dengan sendirinya, jika anda mempunyai sebarang kebimbangan atau masalah, sila berbincang dengan penyedia penjagaan kesihatan anda.

    Para ibu di seluruh dunia yakin dengan penjagaan bayi oleh JOHNSON’S®

    Kami bekerjasama dengan para ibu, pakar penjagaan kesihatan dan saintis bagi memastikan produk kami terus mencapai piawaian tertinggi dalam keselamatan, kualiti dan penjagaan.

    Ketahui bagaimana kasih sayang dan sains bersatu untuk menjadikan setiap produk JOHNSON’S® lebih baik untuk bayi anda

    Mitos Penjagaan Kulit Bayi

    Pelajari cara untuk menjaga kulit sensitif si manja

    Clinically Proven Mildness
    CLINICALLY PROVEN MILDNESSTM

    Ketahui tentang ujian, kepakaran dan penjagaan yang memastikan produk bayi JOHNSON'S® selamat, halus dan lembut untuk kulit sensitif si manja.

    Sains produk bayi JOHNSON'S®

    Related Products

    johnsons-baby-lotion-front.jpg

    Johnson's® Baby Lotion

     JOHNSON’S® baby Powder

    Johnson's® Baby Oil

    johnsons-baby-shampoo-front.jpg

    Johnson's® Baby Shampoo

    johnsons-baby-lotion-front.jpg

    Johnson's® Baby Lotion

     JOHNSON’S® baby Powder

    Johnson's® Baby Oil

    johnsons-baby-shampoo-front.jpg

    Johnson's® Baby Shampoo

    Caring Callout
    Penjagaan Tali Pusat Bayi
    Tali pusat si manja akan tertanggal kira-kira seminggu selepas anda membawanya pulang. Sehinggalah tali pusat itu tertanggal, pastikan ia sentiasa bersih dan kering.
    Read more
    Caring Callout
    Memastikan Kulit Bayi Sihat
    Lapisan kulit bayi merupakan barisan pertahanan pertamanya daripada ancaman dunia luar. Untuk kekal sihat, kulit perlu sentiasa terhidrat dengan baik. Pastikan kulitnya sentiasa disapu pelembap untuk membantu melindunginya daripada kekeringan.
    Read more
    Caring Callout
    Mata, Telinga, Hidung & Kuku Bayi
    Pastikan si manja sentiasa gembira, sihat dan benar-benar bersih. Dapatkan petua tentang cara untuk menjaga mata, telinga, hidung dan kukunya.
    Read more
    Caring Callout
    Perlindungan Matahari untuk Kulit Bayi
    Membawa si manja ke luar rumah merupakan cara yang baik untuk membantu dia meneroka dan berkembang - tetapi kulitnya sangat sensitif kepada sinaran UV matahari.
    Read more
    Produk
    • Produk
    • Lokasi Jualan
    • Soalan Lazim
    • Bahan-bahan
    • Keselamatan
    Company
    • HUBUNGI KAMI
    • PETA LAMAN
    Learn
    • Kenali Kami
    • Tentang Kami
    • Sains Bayi
    • So Much More
    • Lebih daripada Sekadar Mandian
    • Untuk Pakar
    • Tahap Perkembangan
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Anak yang Aktif
    • Orang Dewasa
    • Baby Care Tips & Tricks
    • Persediaan Menyambut Bayi
    • Tips Penjagaan Bayi
    • Cara Memandikan Bayi Anda
    • Panduan Mengurut Bayi
    • Tidur Bayi
    Terma Penggunaan
    • NOTIS PRIVASI
    • TERMA PENGGUNAAN

    © JNTL (Malaysia) Sdn. Bhd. 2019.

    Laman ini diterbitkan oleh JNTL (Malaysia) Sdn. Bhd. yang bertanggungjawab sepenuhnya atas kandungan laman ini. Ia dibangunkan untuk pelawat-pelawat dari Malaysia. Tanda dagangan pihak ketiga yang digunakan di sini merupakan tanda dagangan bagi pemilik masing-masing.

    Terakhir Dikemaskini: Julai 2026

    Laman ini mengandungi pautan ke laman web yang tidak mengguna pakai Notis Privasi kami. Kami menggalakkan anda supaya membaca Notis Privasi setiap laman web yang anda lawati.

    Johnsons