Skip to main content

Tabiat menjaga kulit agar sihat bermula awal. Jika anda mengambil langkah untuk melindungi kulit halus si manja daripada sinaran matahari yang memudaratkan bermula dari sekarang, bayi anda boleh menikmati kulit yang sihat seumur hidupnya.

Keselamatan di Bawah Sinaran Matahari untuk Bayi Baru Lahir

Bayi bawah umur 6 bulan tidak boleh menghabiskan masa di bawah pancaran terus sinaran matahari. Oleh sebab perlindungan foto si manja masih belum matang, selaran matahari boleh berlaku walaupun anda telah berusaha sedaya upaya untuk melindungi bayi anda daripada sinaran matahari. Selain itu, kulit bayi anda boleh terbakar dalam masa 10 hingga 15 minit sahaja!

Kebanyakan pakar kanak-kanak mengesyorkan supaya ibu bapa tidak menyapukan produk pelindung matahari pada bayi yang berumur bawah 6 bulan. Ini bermakna anda memerlukan kaedah perlindungan yang lain. Apabila membawa si manja ke luar rumah:

  • Pastikan anda berada di dalam bangunan antara pukul 10 pagi hingga 2 petang, iaitu waktu siang yang paling panas
  • Sentiasa pakaikan topi yang mempunyai pelindung keliling
  • Pakaikan pakaian yang longgar kerana ia dapat membantu melindungi bahagian badan yang lain
  • Duduk di tempat yang berbumbung atau gunakan payung dan sebagainya

Walaupun cuaca mendung atau semasa berada di dalam kereta, sentiasa gunakan   pelindung matahari yang dirumus khas untuk bayi. Jika si manja berumur bawah 6 bulan, bincangkan penggunaan pelindung matahari dengan pakar kanak-kanak anda.

Bayi yang Lebih Berusia

Walaupun bayi (dan kanak-kanak) anda sudah agak berusia, dia tetap perlu dihindari daripada pancaran terus sinaran matahari untuk tempoh yang lama. Mereka harus sentiasa memakai pakaian pelindung dan cermin mata hitam. Sila semak dengan pakar kanak-kanak anda tentang penggunaan pelindung matahari berspektrum luas (dengan perlindungan UVA dan UVB dan SPF sekurang-kurangnya 30) yang dirumus khas untuk bayi.

Apabila anak anda membesar dan matang melepasi peringkat bayi, teruskan usaha untuk memastikan kulitnya terlindungi daripada sinaran matahari. Dengan mewujudkan tabiat yang baik, anda boleh memberikan penjagaan yang sempurna untuk si manja sekarang dan untuk tahun-tahun yang mendatang.

Kulit halus si manja perlu dilindungi daripada sinaran matahari semaksimum mungkin. Lawati BabyCenter® bagi mendapatkan lebih banyak cara untuk membantu si manja selamat daripada sinaran matahari.

Para ibu di seluruh dunia yakin dengan penjagaan bayi oleh JOHNSON’S®

Kami bekerjasama dengan para ibu, pakar penjagaan kesihatan dan saintis bagi memastikan produk kami terus mencapai piawaian tertinggi dalam keselamatan, kualiti dan penjagaan.

Back to Top