Skip to main content

Apabila genap 3 bulan, bayi anda akan mula tidur untuk tempoh yang lebih lama pada waktu malam, tetapi anda harus mengekalkan rutin waktu malam. Hal ini penting bukan sahaja supaya bayi anda terus tidur dengan baik, tetapi kerana masa mandi, masa urut dan masa berada dalam dakapan anda juga sama pentingnya.

Ritma tidur mula menjadi teratur pada usia kira-kira 6 minggu dan kebanyakan bayi mampu mengikut kitaran tidur bangun yang tetap pada usia menjelang 3 hingga 6 bulan. Apabila bayi anda mula memahami perbezaan antara siang dan malam, itu merupakan masa yang terbaik untuk membantu memperbaik rutin masa tidur si manja.

Ajar Bayi Anda Cara Menenangkan Dirinya Sendiri

Aspek yang paling penting dalam memastikan bayi tidur sepanjang malam adalah mengajar si manja supaya menenangkan dirinya sendiri untuk tidur semula. Baringkan bayi anda supaya tertidur apabila si manja sudah mengantuk tetapi masih berjaga. Bayi perlu berupaya untuk tidur dengan sendirinya supaya mereka boleh menenangkan diri sendiri hingga tertidur apabila terjaga pada tengah malam.

Berapa jamkah bayi saya perlu tidur?

Selepas 3 bulan, bayi akan tidur antara 13 hingga 15 jam sehari. Walau bagaimanapun, penting untuk anda maklum bahawa, setiap bayi adalah berbeza dan sesetengahnya memerlukan lebih banyak tidur, sementara yang lain memerlukan tidur yang lebih sedikit.

Berapa kerapkah bayi saya perlu tidur sekejap?

Bayi anda juga perlu tidur sekejap 2-4 kali sehari. Mengurangkan tidur sekejap tidak akan menjamin tidur yang lebih lama pada waktu malam, sebaliknya ia akan mengundang keletihan dan tidur yang tidak lena. Tetapi elakkan tidur sekejap pada waktu yang sudah hampir dengan masa tidur malam.

Perkara yang Perlu Dielakkan
Pastikan rutin waktu malam bayi anda tidak terlalu panjang. Pastikan juga rutin itu tidak terlalu menyusahkan anda dan praktikal untuk dikekalkan. Elakkan menggoyang atau menyusukan bayi anda supaya dia tertidur. Ini kerana, anda mungkin terpaksa melakukan perkara yang sama apabila bayi anda terjaga sendiri pada tengah malam! Baringkan bayi anda supaya tertidur apabila dia mengantuk tetapi masih berjaga. Minta pasangan anda untuk turut membantu menidurkan si manja.

Perubahan dalam Pola Tidur

Menariknya, perkembangan fizikal bayi anda boleh mengubah pola tidur si manja. Banyak tahap perkembangan bayi, misalnya berguling dan belajar berdiri sendiri, boleh mengganggu tidur bayi anda buat sementara waktu. Jangan berasa kecewa jika bayi anda kerap terjaga pada tengah malam walaupun sebelum ini dia tidur nyenyak sepanjang malam. Kekalkan rutin anda untuk membantu si manja kembali kepada pola tidurnya yang normal.
 

Tetapkan Rutin Waktu Malam

Walaupun si manja masih kecil lagi, rutin waktu malam akan membantu bayi anda belajar bahawa sudah tiba masa untuk tidur. Cubalah rutin 3 langkah kami yang termasuk:

Logo Baby Center

Kekal Selamat

Semasa tidur, bayi anda mungkin akan melakukan beberapa perkara yang membuatkan anda berasa cemas - apakah yang normal? BabyCenter® membantu anda menyenaraikan perkara yang perlu diperhatikan.

Back to Top