Skip to main content

Memastikan kulit bayi baru sentiasa bersih adalah penting untuk kesihatan yang baik. Selain itu, masa mandi span juga merupakan masa yang indah bagi merangsang deria si manja untuk membantu perkembangannya sejak dari mula lagi.

Kebanyakan pakar kanak-kanak atau bidan mengesyorkan supaya memandikan bayi baru lahir 2 atau 3 kali seminggu dan meningkatkan kekerapan seiring dengan bertambahnya usia si manja. Pelajari cara memastikan bayi bersih tanpa memandikannya.

Pastikan semua keperluan ada tersedia sebelum mula memandikan bayi anda dengan span mandian.
baby sponge bath 1

Besen atau tab mandi bayi, berisi air pada suhu yang selesa.

baby sponge bath 2

Tuala yang besar, lembut dan berpenutup kepala

baby sponge bath 3

Kain pencuci yang lembut

baby sponge bath 4

Bebola kapas atau kapas pembersih

baby sponge bath 5

Pembersih lembut yang dirumus khas untuk bayi, seperti JOHNSON’S® baby HEAD-TO-TOE® baby wash


Selepas mandi…
baby sponge bath 1

Losyen pelembap, seperti JOHNSON'S® baby lotion atau minyak bayi seperti JOHNSON'S® baby oil

baby sponge bath 2

Pakaian bersih

baby sponge bath 3

Lampin

baby sponge bath 4

Selimut kecil

baby sponge bath 5

Berus lembut atau sikat

baby sponge bath 6

Krim perlindungan untuk kawasan lampin, seperti DESITIN® Maximum Strength Original Pasteatau DESITIN® Rapid Relief Cream


Cara Memandikan Bayi dengan Span Mandian

Berikan Kata-kata yang Menenangkan

Sponge Bath: Step 1Luangkan beberapa minit untuk bercakap-cakap dengan si manja tentang harinya sambil anda bersiap sedia untuk memandikan bayi anda itu. Tanggalkan pakaiannya, kecuali lampin dan balut badannya dengan tuala.

Cuci Kawasan Mata


Sponge Bath: Step 2Pegang kepala si manja, bersihkan sekeliling setiap mata dengan perlahan-lahan menggunakan bebola kapas atau kapas pembersih yang dibasahkan dengan air suam. Bebola kapas atau kapas pembersih adalah baik untuk digunakan kerana ia tidak meninggalkan cebisan-cebisan halus.
Gunakan bebola kapas atau kapas pembersih yang baharu untuk setiap mata dan sentiasa lap dari sudut bahagian dalam mata, ke arah luar. Jika tiada tahi mata (mukus kering), anda tidak perlu membasuh bahagian mata bayi anda. Jangan cuci mata si manja.

Cuci Mukanya


Sponge Bath: Step 3Gunakan kain pencuci lembut, lap sekeliling mulut, hidung dan seluruh muka si manja. Lap dari bahagian tengah ke arah luar dengan hanya menggunakan air kosong. Beri perhatian khusus kepada bahagian belakang telinga, di bawah dagu dan celah-celah lipatan leher. Ingat: Jangan sekali-kali memasukkan sebarang benda ke dalam saluran telinga atau hidung. Lap sehingga kering dengan perlahan-lahan.

Cuci Rambutnya


Sponge Bath: Step 4Biarkan si manja dibaluti tuala, letakkan lengan anda di bawah belakang badannya dan tapak tangan anda di belakang kepalanya. Dengan menggunakan tangan yang satu lagi, basahkan rambut si manja dengan kain pencuci. Sapukan sedikit pembersih lembut untuk bayi, seperti <>, yang dirumus khas agar tidak menyakitkan mata si manja. Urut perlahan-lahan ke seluruh kepalanya.
Bilas rambut si manja dengan air sehingga bersih. Baringkan si manja dan keringkan kepalanya dengan perlahan-lahan dan pakaikan penutup kepala supaya bayi anda tidak kesejukan.
's®>

Cuci Badannya


Sponge Bath: Step 5Seterusnya, cuci badan si manja menggunakan pembersih bayi yang lembut, dipercayai dan tidak mengandungi sabun. <> adalah cukup lembut untuk rambut dan kulit bayi baru lahir: Malah, ia lebih banyak digunakan oleh hospital untuk memandikan bayi baru lahir berbanding mana-mana pembersih bayi yang lain.

Biarkan kepala si manja terus ditutupi tuala, buka balutan tualanya dan tanggalkan lampinnya. Basahkan tangan anda, tuang sedikit cecair pembersih ke atas tapak tangan atau kain pencuci dan gosok-gosok tangan anda sehingga buih terhasil. Kemudian, mulalah membersihkan seluruh badan si manja. Basuh leher hingga ke pinggangnya, termasuk lengan dan tapak tangan, bilas dengan teliti dan keringkan. Tutup bahagian atas badannya dengan tuala untuk mengelakkan si manja kesejukan dan beralihlah ke bahagian betis, tapak dan jari kaki.

Jangan lupa untuk membilas dan mengeringkan celah-celah lipatan kulit dengan teliti. Ini kerana lembapan yang berlebihan boleh menyebabkan kerengsaan kulit. Akhiri dengan membasuh kawasan lampin menggunakan air suam yang bersih: untuk bayi perempuan, hanya lap kawasan tersebut dari depan ke belakang dengan perlahan-lahan. Bagi bayi lelaki, lap dari depan ke belakang juga. Untuk kanak-kanak lelaki yang tidak bersunat, cuci zakar dan kawasan kemaluan dengan perlahan-lahan dan jangan tarik kulupnya ke belakang.'s®>

Penjagaan Tali Pusat


Sponge Bath: Step 6Sebelum membersihkan <> si manja, anda boleh memakaikan baju dan lampinnya untuk mengelakkan bayi anda daripada kesejukan. Sila ingat, jangan tutup tali pusat dengan lampin, kerana kawasan tali pusat perlu dipastikan kering dan bersih pada setiap masa.
Bersihkan sekeliling dan pangkal tali pusat dengan bebola kapas atau kapas pembersih. Jangan takut untuk membersihkan tali pusat; lebih cepat pangkalnya kering, tali pusat akan lebih cepat tertanggal.

Melembapkan


Sponge Bath: Step 7Melembapkan si manja merupakan bahagian yang penting dalam rejim penjagaan kulitnya. Gunakan produk yang lembut seperti JOHNSON’S® baby lotion atau JOHNSON’S® baby oil untuk melindungi kulit si manja dan memastikannya sentiasa sihat.

Pakaian


Sponge Bath: Step 8Pastikan si manja kering sepenuhnya sebelum dipakaikan pakaian. Kemudian pakaikan pakaian si manja dan balut badannya dengan selimut kecil untuk mengelakkan bayi anda daripada kesejukan. Pegang si manja rapat ke dada anda dan nikmatilah detik yang indah itu.

Kepala si manja mempunyai bahagian lembut (dipanggil ubun-ubun) di mana tempurung kepalanya belum tertutup sepenuhnya. Bahagian yang lembut ini membolehkan tempurung kepala si bayi menyesuaikan bentuknya supaya dapat melalui saluran kelahiran. Menyentuh dan membersihkan bahagian ini dengan perlahan-lahan adalah tidak membahayakan.

Para ibu di seluruh dunia yakin dengan penjagaan bayi oleh JOHNSON’S®

Kami bekerjasama dengan para ibu, pakar penjagaan kesihatan dan saintis bagi memastikan produk kami terus mencapai piawaian tertinggi dalam keselamatan, kualiti dan penjagaan.

Back to Top