Skip to main content

Sentuhan lembut anda yang penuh kasih sayang semasamemandikan si manja dan dakapan hangat anda selepas itu menyokong perkembangan yang ceria dan sihat untuk bayi anda. Laporan Masa Mandi Global JOHNSON'S® mendapati bahawa walaupun 84% daripada ibu bapa mengatakan masa mandi merupakan masa berkualiti yang terbaik bersama si manja mereka, ramai yang memandang rendah kuasa dan faedahnya.

Sentuhan lembut anda yang penuh kasih sayang semasa memandikan si manja dan dakapan hangat anda selepas itu menyokong perkembangan yang ceria dan sihat untuk bayi anda. Malah, kajian menunjukkan bahawa sentuhan anda dapat menggalakkan perkembangan sosial & emosi yang sihat serta meningkatkan kemahiran motor si manja.

Perkembangan Sosial & Emosi

Apa yang boleh anda lakukan Apa yang dipelajari anak anda
Bergembira dan raikan pencapaian anak anda, misalnya apabila dia memerah span yang basah atau mengapungkan mainan. Bahawa dia bijak dan cekap dan bahawa anda berasa gembira dengan penemuannya apabila anda bermain bersamanya.
Teroka sesuatu dan bermain permainan seperti menepuk-nepuk air untuk membuat percikan. Kemahiran bertukar-tukar giliran dan bahawa melakukan aktiviti bersama adalah menyeronokkan dan bermanfaat.
Dakap si manja selepas waktu mandi dan berkongsilah detik yang indah itu bersamanya Bahawa dia disayangi dan ini akan membina keyakinan dirinya.

Kemahiran Berbahasa and Berfikir

Apa yang boleh anda lakukan Apa yang dipelajari anak anda
Berhubung dan libatkan diri dengan si manja. Contohnya, apabila si manja membuat bunyi dan gerakan tangan, misalnya menunjukkan bahawa dia mahu anda membacakan buku, berikan tindak balas yang positif dengan memujinya dan lakukan perkara yang dimintanya. Bahawa dia berkomunikasi dengan anda dan anda memahaminya. Ini mengukuhkan teori bahawa bunyi dan tindakan ialah cara yang baik untuk menunjukkan apa yang dia fikirkan atau rasai.
Apabila memandikan si manja, bersembang dengannya dan terangkan perkara yang anda berdua sedang lakukan. Sebagai contoh, jatuhkan itik mainan ke dalam besen mandiannya dan kata, “Tengok, itik ni terapung!” Apabila anda bercakap dengan anak anda seperti ini semasa melakukan aktiviti, ia membantu anak anda mempelajari perkataan dan konsep seperti tenggelam dan terapung.
Jadikan waktu mandi saat yang menyeronokkan untuk membantu anak anda mempelajari kemahiran baharu. Tunjukkan kepadanya cara melekatkan span huruf ke dinding besen mandi, cara membuat bunyi itik dan sebagainya. Dia akan belajar untuk menjayakan sesuatu perkara dengan meniru tindakan anda, sambil mengeratkan ikatan dengan anda.

Perkembangan Fizikal

Apa yang boleh anda lakukan Apa yang dipelajari anak anda
Jadikan waktu mandi saat yang menyeronokkan dan penuh pelajaran dengan memberi si manja pelbagai mainan supaya dia boleh meneroka dan belajar dengan tangannya. Cara untuk berseronok dan meneroka dengan cara baharu dalam kedudukan duduk. Memindahkan objek dari satu tangan ke tangan yang lain dan menggunakan tangannya untuk menjayakan sesuatu, misalnya melekatkan pelekat mandi pada besen, akan mengajar si manja tentang keyakinan diri.
Tuding pada bahagian-bahagian badannya dan terangkan tentang bahagian itu semasa dia menggunakannya. Puji si manja apabila dia menggunakan tangannya untuk memecahkan buih dan beritahunya nama bahagian badan yang dia gunakan itu. Untuk mengenali bahagian badannya dan cara setiap bahagian itu berfungsi untuk membantu dia mencapai matlamatnya.

Apabila dia membuat percikan besar dengan tangannya atau dengan menjatuhkan mainan ke dalam besen mandi, si manja belajar tentang sebab dan akibat. Ini membantu dia mempelajari bagaimana sesuatu perkara itu berlaku. Apabila dia menolak buih menjauhi badannya untuk mencari perutnya yang tersorok di bawah air, dia akan belajar bahawa sesuatu benda itu masih wujud walaupun dia tidak dapat melihatnya - satu konsep yang sangat penting.

Selain itu, setiap percakapan yang anda lakukan bersamanya sepanjang waktu yang istimewa ini dapat membantu membina kemahiran bahasanya. Perkara yang paling penting adalah semua pembelajaran ini berlaku dengan kehadiran anda, orang yang paling disukainya!

 

Ingat, sebahagian daripada keseronokan waktu mandi adalah memastikan si manja selamat. JANGAN SEKALI-KALI meninggalkan bayi anda bersendirian di dalam besen mandi. Walaupun untuk sesaat. Oleh itu, sediakan semua barang yang diperlukan untuk mandi terlebih dahulu dan biarkan telefon berdering dan dihalakan ke peti mel suara. Selain itu, pastikan anda menetapkan suhu pemanas air anda bawah 48 darjah Celcius untuk membantu mencegah kemungkinan melecur.

Memandikan Bayi Anda

Pelajari langkah-langkah yang perlu diambil semasa memandikan si manja.

Sabun, buih, mainan mandi…menumpukan pada objek tertentu dengan si manja dapat membantu membina daya penumpuannya. BabyCenter® mengkaji kemahiran kognitif utama ini.

Para ibu di seluruh dunia yakin dengan penjagaan bayi oleh JOHNSON’S®

Kami bekerjasama dengan para ibu, pakar penjagaan kesihatan dan saintis bagi memastikan produk kami terus mencapai piawaian tertinggi dalam keselamatan, kualiti dan penjagaan.

Back to Top