Skip to main content

Kulit Kering/Sensitif

Kulit bayi lebih nipis dibandingkan dengan kulit dewasa dari segi struktur, komposisi dan fungsi. Oleh sebab reka bentuk biologi ini, kulit bayi kehilangan lembapan pada kadar 2x lebih cepat berbanding kulit dewasa. Ini akan mengurangkan faktor kelembapan semula jadi kulit bayi, dan mengakibatkan kulitnya menjadi kering dan sensitif walaupun permukaan kulit mungkin atau tidak mungkin kelihatan baik.

Oleh sebab kekeringan dan sensitiviti kulit tidak biasanya diperasan sehingga masalah kulit bertambah serius atau menjadi ekzema, ia adalah penting untuk mengenali gejala-gejala dengan awal untuk mengelakkan masalah kulit bertambah teruk. Gejala-gejala awal kulit kering dan sensitif termasuk kemerahan ringan, kulit yang mudah terengsa atau mengelupas. Jikalau tiada gejala-gejala begini dan anda tidak pasti jika bayi anda mempunyai kulit kering/sensitif, anda boleh mencuba ujian ringkas ini. Gunakan jari dan dengan secara perlahan, garu kulit bayi anda – adakah garis putih atau garis merah samar kelihatan? Kalau ya, mungkin bayi anda mempunyai simptom awal kekeringan dan sensitiviti.

*Dalam survey dengan 51 ibu, diikuti penilaian klinikal dan penggredan kulit bayi
Rujuk ke bawah untuk tips mengendalikan kulit bayi kering dan sensitif.

 

Ekzema atau dermatitis atopik, ialah keradangan kronik yang melibatkan sehingga 20 peratus daripada bayi di dunia. Ekzema sering dilihat pada bayi daripada keluarga yang mempunyai sejarah ekzema, asma atau alahan resdung. Ekzema biasanya datang dan pergi – ada masanya ia teruk dan ada masanya ia ringan atau lenyap sama-sekali. Pada bayi, ia sering muncul sebagai ruam yang merah, kulit yang terengsa dan gatal pada muka dan kulit kepala. Dalam sesetengah kes, makanan tertentu (seperti susu lembu, telur, gandum atau oren) boleh menyebabkan masalah kulit ini bertambah serius.

Pada bayi, ekzema sering muncul sebagai ruam yang kelihatan di tangan, muka, leher, bahagian dalam siku dan belakang lutut, tetapi ia mungkin merebak ke bahagian badan yang lain. Ruam Ekzema dikaitkan dengan kegatalan yang teruk (pruritus).  Jika masalah ini berlarutan atau sangat teruk, anda perlu berbincang dengan penyedia penjagaan kesihatan si manja untuk menentukan sama ada masalah itu ialah ekzema klinikal (dermatitis atopik) atau kulit kering. Selain itu pelajari cara yang terbaik untuk merawat dan mengurusnya. Berikut ialah beberapa petua untuk menangani ekzema dan juga kulit yang sangat kering atau sensitif:

  • Elakkan perkara yang anda fikir boleh menyebabkan kegatalan, seperti habuk, rumput, pakaian yang diperbuat daripada bulu dan sesetengah sabun, serbuk pencuci, pelembut kain dan minyak wangi. Anda digalakkan untuk menulis diari bagi menentukan punca masalah kulit si manja
  • Beri si manja mandian sekejap - tidak lebih daripada 5 hingga 10 minit - dalam air yang hangat tetapi tidak panas
  • Gunakan pembersih kulit atau syampu yang lembut, yang dirumus khas untuk bayi yang mempunyai kulit sensitif. Berikan lebih perhatian pada bahagian yang sering terdedah kepada persekitaran
  • Keringkan kulit si manja selepas mandi dengan mengelap menggunakan tuala yang lembut. Kemudian sapukan pelembap dengan segera. Jangan gosok kulit bayi anda
  • Lembapkan dengan kerap sepanjang hari, terutamanya selepas mandi
  • Gunakan krim emolien, urut perlahan-lahan sehingga ia menyerap ke dalam kulit dalam gerakan ke bawah

Walaupun ekzema merupakan keadaan yang merengsakan, terutamanya sepanjang tempoh aktifnya, dengan mengikuti petua ini, anda boleh membantu membuatkan si manja berasa lebih selesa.

Lawati BabyCenter® untuk mengetahui lebih lanjut tentang cara mengenal pasti dan merawat ekzema, serta rutin harian yang boleh membantu membuatkan si manja berasa lebih selesa.

Para ibu di seluruh dunia yakin dengan penjagaan bayi oleh JOHNSON’S®

Kami bekerjasama dengan para ibu, pakar penjagaan kesihatan dan saintis bagi memastikan produk kami terus mencapai piawaian tertinggi dalam keselamatan, kualiti dan penjagaan.

Back to Top