Skip to main content

Mandi tian telah wujud selama berabad-abad lamanya dan ia wujud atas sebab yang baik. Ia merupakan cara yang istimewa untuk menyambut kedatangan si manja dan membantu anda membuat persediaan untuk menjadi ibu atau bapa.

Sama ada anda mengadakan majlis itu untuk diri sendiri atau insan yang tersayang, berikut ialah beberapa langkah untuk membantu anda bermula.

 Determine Your Budget
Baby Shower 1Sesetengah orang membayar sendiri kos majlis, manakala yang lain meminta tetamu untuk membantu. Setelah menentukan jumlah wang yang perlu anda belanjakan, anda boleh mula merangka pelan untuk majlis itu: berapa ramai tetamu yang akan dijemput, berapa jumlah wang yang akan dibelanjakan untuk keperluan majlis, termasuk makanan dan minuman.
 

Find a Location


Baby Shower 2Lokasi membantu menentukan berapa ramai tetamu yang boleh dijemput (berapa ramai orang boleh muat di dalam ruang itu?) dan sama ada majlis itu berkonsep santai atau formal.
 

 Decide on a Theme


Baby Shower 3Tema anda mungkin sesuatu yang ringkas seperti “Dia hero!” atau tema yang lebih khusus, seperti sarkas atau pengembaraan. Setelah menentukan tema, anda boleh mula menyediakan kad jemputan, mengumpul hiasan, memilih makanan dan minuman serta merancang aktiviti yang sesuai dengan tema anda.
 

Decide Whom to Invite


Baby Shower 4 Untuk membantu tetamu memilih hadiah majlis mandi tian anda, anda boleh mendaftar dengan beberapa peruncit yang menjual kelengkapan bayi. Pastikan anda mendaftar untuk barangan keperluan serta barangan yang lebih mahal, supaya tetamu anda boleh membeli hadiah secara berasingan atau membeli hadiah yang lebih besar secara berkumpulan.
Pendaftaran hadiah membantu tetamu memilih hadiah yang sesuai untuk bayi yang bakal lahir itu. Peruncit utama seperti Target, Walmart, Babies R Us, Buy Buy Baby, and Amazon menawarkan perkhidmatan pendaftaran. Jangan lupa untuk menyertakan pautan ke pendaftaran anda itu dalam kad jemputan anda!
 

Baby Shower 5


Baby Shower 5Sila bincangkan tarikh majlis dengan tetamu penting (seperti datuk dan nenek) bagi memastikan mereka dapat hadir. Jika anda menganjurkan majlis untuk insan tersayang, minta mereka menyenaraikan tetamu yang ingin dijemput.
 

Baby Shower 6


Baby Shower 6Anda boleh menghantar kad jemputan biasa, jemputan dalam talian atau sesuatu yang lebih kreatif! Puting atau mainan bayi boleh dijadikan pengganti kad jemputan yang comel; gantungkan teg yang mengandungi butiran majlis padanya. Jika ibu atau bapa bayi telah mendaftar untuk hadiah, pastikan maklumat pendaftaran hadiah itu disertakan dalam kad jemputan.
 

 Baby Shower 7


Baby Shower 7Beli hiasan dan pinggan serta cawan kertas (jika majlis itu berkonsep santai). Jika anda hendak memasak sendiri, rancang menunya. Apabila tarikh majlis sudah dekat, beli makanan dan minuman yang diperlukan. Makanan yang tahan lama boleh disediakan lebih awal; bekukan atau sejukkan sehingga hari majlis.
 

 Baby Shower 8


Baby Shower 8Perkara yang paling penting adalah memastikan Ibu, Ayah (jika dijemput) dan tetamu berseronok. Jika sesuatu yang tidak diduga berlaku (anda terlupa kek!), ketawa saja. Ibu bukan insan yang perlu sempurna setiap masa. Menjadi ibu adalah tentang kasih sayang dan majlis mandi tian adalah tentang berkongsi kasih sayang dengan keluarga dan rakan.
 

 

Dapatkan idea untuk tema, permainan serta sukaneka berkumpulan, dan raikan bakal ibu dan ayah itu dengan majlis yang intim, penuh keseronokan dan sukar dilupakan.

Ketahui hadiah terbaik yang diterima oleh ibu pada majlis mandi tian mereka dan beri tetamu kehormat anda hadiah yang benar-benar disukainya.

Majlis mandi tian tidak semestinya dihadiri oleh kaum ibu sahaja! Anda boleh mengubah sedikit tradisi dan mengadakan majlis yang seronok untuk semua, termasuk kaum bapa.

Janji Kami kepada Bayi

Buat burung origami anda sendiri dan tulis janji-janji anda kepada si manja

Bayi yang bakal dilahirkan diraikan dengan cara yang berbeza oleh masyarakat di seluruh dunia. Lawati BabyCenter® untuk mengetahui cara budaya lain menyambut kedatangan bayi.

Para ibu di seluruh dunia yakin dengan penjagaan bayi oleh JOHNSON’S®

Kami bekerjasama dengan para ibu, pakar penjagaan kesihatan dan saintis bagi memastikan produk kami terus mencapai piawaian tertinggi dalam keselamatan, kualiti dan penjagaan.

Back to Top