Skip to main content

Seperti sentuhan, haruman juga memainkan peranan yang penting dalam perkembangan positif bayi anda. Rasa selamat, gembira dan tenang yang diberikan oleh sentuhan anda diperkukuhkan lagi apabila anda menggunakan produk yang meningkatkan pengalaman urutan melalui kuasa haruman. 

Haruman yang meriangkan dan biasa dihidu telah terbukti dapat memperbaik ragam perasaan, ketenangan dan kepekaan bayi. Selain itu bau ibu boleh membantu mengurangkan tangisan.

Mewujudkan rutin tetap dengan menggunakan produk yang mempunyai haruman boleh membantu bayi berhubung dengan pengalaman dan dengan anda, dengan lebih cepat.  

Haruman: Kunci kepada Kenangan Berkekalan

Ingatan yang dibangkitkan oleh bau adalah lebih beremosi dan menyenangkan berbanding ingatan yang dikaitkan dengan deria lain. Keupayaan untuk menghidu dan kaitan yang dibangkitkan oleh bau mula berlaku pada peringkat yang sangat awal dalam hidup kita. Bayi baru lahir menggunakan deria bau sejak dari hari pertama mereka dilahirkan. Untuk membiasakan diri mereka dengan dunia, mereka lebih banyak menggunakan deria bau berbanding deria-deria yang lain. Malah, di sinilah bermulanya ikatan antara anda dan bayi anda - bayi dapat mengenali ibu mereka melalui bau semata-mata.

Dalam masa beberapa minggu yang pertama sejak dilahirkan, otak bayi anda mula membuat perkaitan antara emosi yang mereka rasai dan bau yang mereka hidu. Bau yang menyenangkan, apabila digandingkan dengan sentuhan kasih sayang, boleh mencipta kenangan yang berkekalan, yang akan diingat oleh bayi anda sepanjang hidupnya.

Mengapa Haruman Membangkitkan Ingatan Lebih daripada Deria Lain?

Mengapa haruman lebih daripada sekadar bau yang menyenangkan? Semua ini adalah kerana struktur otak itu sendiri.

Apabila kita melihat atau mendengar sesuatu, isyarat akan dihantar ke talamus, bahagian otak yang bertindak sebagai pengawal pintu masuk, sebelum isyarat tersebut diproses di dalam otak. Tetapi apabila kita menghidu sesuatu, isyarat itu akan dihantar terus ke kawasan otak yang bertanggungjawab memproses bau - dipanggil bebuli olfaktori. 

Kawasan pemprosesan bau ini disambungkan melalui laluan olfaktori ke bahagian-bahagian otak yang bertanggungjawab terhadap emosi kita yang dikenali sebagai amigdala, dan ingatan kita yang dikenali sebagai hipokampus serta korteks entorhinal.

Hasilnya, bau mengaktifkan kawasan-kawasan ini dengan lebih cepat dan mencetuskan ingatan yang beremosi lebih positif dan kuat berbanding mana-mana deria yang lain.

JOHNSON’S® “Smells Like a Baby!”

Salah satu wangian yang paling banyak dikaitkan dengan bayi oleh orang di seluruh dunia ialah aroma produk JOHNSON'S® baby.

Rumusan kami membantu mewujudkan kenangan hangat yang berkekalan bagi kedua-dua ibu bapa dan bayi dari satu generasi ke satu generasi.

Daripada manakah asalnya haruman JOHNSON'S® baby?

Givaudan merupakan kilang haruman terkemuka di dunia dan bertanggungjawab menghasilkan beberapa haruman JOHNSON'S® yang paling ikonik, termasuk

Amerika Utara: Baby Lotion, Baby Shampoo

Amerika Latin: Baby Lotion, Baby Shampoo, HEAD-TO-TOE®

Asia Pasifik (kecuali Eropah, Timur Tengah dan Afrika): Baby Lotion, Baby Shampoo

Eropah, Timur Tengah dan Afrika: HEAD-TO-TOE®

Haruman dan Kenangan

Deria bau anak anda masih terus berkembang sehingga si kecil berumur lebih kurang 8 tahun. BabyCenter® akan membawa anda menelusuri perkembangan olfaktorinya bulan demi bulan dalam tahun pertama si manja.

Para ibu di seluruh dunia yakin dengan penjagaan bayi oleh JOHNSON’S®

Kami bekerjasama dengan para ibu, pakar penjagaan kesihatan dan saintis bagi memastikan produk kami terus mencapai piawaian tertinggi dalam keselamatan, kualiti dan penjagaan.

Back to Top