Skip to main content

Persekitaran di mana si kecil membesar mempunyai kesan yang mendalam terhadap pembentukan otaknya.2 Otak bayi mewujudkan sehingga 1.8 juta sambungan sinaps baharu setiap saat dan pengalaman yang dilaluinya akan menentukan sinaps mana yang akan terpelihara.3

Rangsangan pelbagai deria - apa yang si manja sentuh, lihat, dengar, hidu - akan membantu menggalakkan kelangsungan hidup jangka panjang sambungan sinaps semasa perkembangan otak.3  Bayi memerlukan rangsangan dan penjagaan untuk membesar dan berkembang.2 Rangsangan deria terutamanya sangat penting di peringkat awal perkembangan; dalam tempoh 3 tahun pertama kehidupan, perkembangan pesat dalam kebanyakan laluan neural otak yang menyokong komunikasi, perkembangan sosial, dan kesejahteraan emosi berlaku.2

Rangsangan pelbagai deria terbukti membawa kesan peningkatan terhadap perkembangan otak2,3,4 dan seterusnya membantu perkembangan sihat bayi secara keseluruhannya. Merangsang pelbagai deria menghantar isyarat ke otak yang mengukuhkan proses neural untuk pembelajaran.2  Melalui pengalaman pelbagai deria yang konsisten, penyelidikan juga menunjukkan bahawa bayi mendapat manfaat perkembangan yang sihat, seperti pengurangan stres dalam bayi sihat dan pramatang5,6 serta peralihan yang lebih cepat kepada penyusuan ibu yang seterusnya membolehkan bayi pramatang keluar lebih awal dari hospital.7

Semakin banyak kajian menunjukkan manfaat yang banyak melalui rangsangan pelbagai deria. Kajian rangsangan pelbagai deria auditori, sentuhan, visual dan vestibular menunjukkan bahawa intervensi pengayaan deria meningkatkan kepekaan bayi pramatang (n=37), meningkatkan penyusuan ibu dan mengurangkan tempoh kemasukkan hospital sebanyak 1.6 minggu.7 Kajian ini termasuk bayi pramatang (n=12) yang lahir dalam tempoh 23 hingga 26 minggu kehamilan yang mempunyai ultrasound kepala yang normal dan bayi (n=25) yang lahir dalam tempoh 23 hingga 31 minggu kehamilan dengan kecederaan sistem saraf pusat. Bayi pramatang dalam kumpulan rangsangan menerima rangsangan pelbagai deria auditori sentuhan, visual, dan vestibular selama 15 minit, dua kali sehari, selama 5 hari setiap minggu sehingga discaj dan dibandingkan dengan bayi yang menerima rawatan pramatang biasa.

Rangsangan pelbagai deria meningkatkan kepekaan bayi pramatang, meningkatkan penyusuan ibu dan mengurangkan tempoh kemasukkan hospital sebanyak 1.6 minggu. 7

Duration of Infant Eye Contact

Rangsangan pelbagai deria auditori, sentuhan, visual, dan vestibular merangkumi yang berikut: bercakap dengan bayi dengan suara yang mesra dan menenangkan (rangsangan auditori) sambil memberikan sentuhan kulit ke kulit melalui urutan (rangsangan sentuhan), dan melakukan sebanyak mana hubungan mata langsung yang mungkin (rangsangan visual) diikuti dengan ayunan secara mendatar (rangsangan vestibular).7

Rangsangan pelbagai deria auditori, sentuhan, visual, dan vestibular juga dikaji di kalangan bayi sihat untuk mengurangkan tahap stres.6 Stres memberi kesan langsung pada perkembangan otak bermula daripada gestasi 8 dan terus memberi kesan selama otak berkembang dalam tempoh kritikal tiga tahun pertama kehidupan bayi.2

Penurunan tahap stres (kortisol) dilihat pada bayi (n=40) yang menerima rangsangan pelbagai deria auditori, sentuhan, visual, dan vestibular berbanding mereka yang tidak terdedah kepada rangsangan pelbagai deria. Bayi dalam kumpulan rangsangan menerima rangsangan pelbagai deria selama 15 minit. Sampel air liur dikumpulkan sebelum, sejurus selepas, dan 10 minit selepas rangsangan pelbagai deria. Bayi yang menerima rangsangan pelbagai deria menunjukkan penurunan stabil yang ketara dalam tahap kortisol selepas satu tempoh.6

Rangsangan pelbagai deria termasuk bercakap dengan bayi dengan suara yang mesra dan menenangkan (rangsangan auditori), memberikan sentuhan kulit ke kulit melalui urutan (rangsangan sentuhan), dan melakukan sebanyak mana hubungan mata langsung yang mungkin (rangsangan visual) boleh membantu dalam menurunkan tekanan dalam bayi, seperti yang diukur melalui tahap kortisol, dan membolehkan mereka untuk belajar, berfikir, dan berkembang.

Klik di sini untuk mendapatkan rujukan.

Rutin 3 langkah unik kami merupakan rutin waktu malam yang pertama dan satu-satunya yang terbukti berkesan secara klinikal untuk membantu si kecil yang berusia 7 hingga 36 bulan tidur dengan lebih baik dalam masa hanya seminggu.

Kenal pasti, cegah dan rawat ruam lampin dengan panduan berguna ini.

Terokai semua produk bayi JOHNSON’S® atau gunakan penapis produk kami untuk memudahkan carian anda, dan membantu anda mendapatkan apa yang anda perlukan - dengan segera.

Para ibu di seluruh dunia yakin dengan penjagaan bayi oleh JOHNSON’S®

Kami bekerjasama dengan para ibu, pakar penjagaan kesihatan dan saintis bagi memastikan produk kami terus mencapai piawaian tertinggi dalam keselamatan, kualiti dan penjagaan.

Back to Top