Skip to main content

Title

Bermain & Belajar Bersama Bayi Anda

Masa bermain bukan sekadar berseronok bersama si manja. Ia merupakan cara yang menarik untuk belajar berkomunikasi dan mengeratkan ikatan dengan si manja sambil merangsang derianya dengan cara yang serba baharu. Hal ini akan membantu menggalakkan lagi perkembangan yang ceria dan sihat untuk si manja.

Walaupun sebelum dia boleh merangkak, si manja sudah boleh bermain! Masa bermain merupakan bahagian yang penting dalam perkembangan si manja. Ini kerana ia membantu bayi anda berkembang dari segi fizikal, sosial dan emosi.

Anda mungkin mendapati bahawa apabila si manja membesar menjadi anak kecil, dia mempunyai lebih banyak tenaga! Masa bermain merupakan cara yang baik untuk membantu si kecil menyalurkan tenaganya. Selain itu, anak anda juga akan belajar berinteraksi dengan kanak-kanak lain, yang lebih besar mahupun yang lebih kecil.

Tidak lama lagi si manja akan mula merangkak ke sana ke mari dan kemudian belajar berjalan. Ketahui cara untuk membantu si manja berdiri dan melangkah.

Jika anda mempamerkan kepada si manja bahawa anda suka belajar, anak anda juga akan berasa teruja untuk belajar.

Alam semula jadi ialah taman permainan yang paling ideal untuk si manja. Ini kerana ia mempunyai begitu banyak benda untuk disentuh dan dilihat. Namun, ia mempunyai bahayanya yang tersendiri. Pelajari cara untuk melindungi si manja semasa bermain di luar.

Sebagai ibu baharu, anda mungkin tidak pasti perkara yang selamat dilakukan bersama si manja di luar rumah. Kami menawarkan cadangan untuk pelbagai peringkat pada tahun pertama si manja.

Mempunyai bayi tidak bermakna anda perlu duduk di rumah sahaja. Pelajari petua untuk membantu keluarga anda keluar dan menerokai pelbagai tempat baharu.

Back to Top