Skip to main content

Johnson’s Baby of the Year Contest 2020

Terma dan Syarat

Kelayakan

  1. Peraduan ini tertakluk kepada Terma dan Syarat berikut, dan para peserta bersetuju bahawa mereka telah membaca dan memahami Terma dan Syarat tersebut, dan akan terikat dengannya. Penyertaan adalah secara sukarela.
  2. Penganjur Peraduan ini ialah JNTL (Malaysia) Sdn. Bhd. (3718-D), dengan pejabat berdaftar beralamat di Level 8, The Pinnacle, Persiaran Lagoon, Bandar Sunway, Petaling Jaya, 46050 Selangor DE, Malaysia (“Penganjur”).
  3. Peraduan ini terbuka kepada semua rakyat dan pemastautin tetap Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas (pada 15 Jun 2020) yang merupakan ibubapa atau penjaga sah kepada kanak-kanak yang lahir pada atau di antara 1 Januari 2014 dan 15 Jun 2020. Peraduan ini tidak terbuka kepada kakitangan Penganjur dan ahli-ahli keluarga terdekat mereka, termasuk syarikat-syarikat gabungan dan/atau berkaitan, pengedar-pengedar dan agensi-agensi pengiklanan pihak Penganjur.

Tempoh

  1. Peraduan akan berlangsung dari 15 Jun hingga 15 Ogos 2018 (“Tempoh Peraduan”). Pihak Penganjur berhak untuk memendekkan atau memanjangkan Tempoh Peraduan tanpa memberi sebarang notis terlebih dahulu. Semua penyertaan yang diterima di luar Tempoh Peraduan akan dibatalkan secara automatik.

Penghantaran Penyertaan & Kriteria Kelayakan

  1. Beli MANA-MANA produk Johnson’s® sejumlah RM18 dan ke atas di Shopee atau Lazada/ RM25 dan ke atas dari mana-mana kedai, farmasi, atau pasaraya, dari 15 Jun 2020 hingga 15 Ogos 2020 dan simpan resit bercetak asal ( “Bukti Pembelian”).
  2. Para peserta mesti mengambil Gambar bayi/kanak-kanak, dengan muka bayi/kanak-kanak yang jelas kelihatan (“Gambar”) (rujuk borang peraduan atau www.johnsonsbaby.com.my/boty2020 untuk maklumat lanjut).
  3. Cara penyertaan:
    1. Log masuk ke www.johnsonsbaby.com.my/boty2020.
    2. Muat naik Gambar berwarna yang jelas (lampiran haruslah tidak melebihi saiz 2MB setiap satu).
    3. Lengkapkan borang peraduan ‘online’ dengan maklumat peribadi (Sila rujuk kepada Polisi Privasi dan Notis Privasi
    4. Klik ‘Hantar’ setelah anda telah membaca dan bersetuju dengan Polisi Privasi dan Notis Privasi.
    5. Simpan resit asal yang bertarikh dalam Tempoh Peraduan sebagai Bukti Pembelian.
  1. Hanya resit-resit bercetak asal dengan butiran produk yang jelas akan diterima. Salinan resit dan resit cetak semula tidak akan diterima. Pihak Penganjur berhak untuk membatalkan resit-resit yang sukar dibaca, rosak dan diubah.
  2. Gambar-gambar yang dihantar akan dipra-kawal oleh pihak Penganjur sebelum diterbitkan di laman web. Sila berikan masa minimum 24 jam untuk gambar yang dimuat naik untuk diterbitkan di laman web. Sila maklum bahawa semua muat naik yang dibuat pada hujung minggu harus diberikan masa 24 jam daripada pukul 9 pagi pada hari berkerja seterusnya. Sila maklum bahawa masa kawalan mungkin berubah dan mengambil masa lebih daripada 24 jam disebabkan oleh jumlah penyertaan yang tinggi. Apabila Gambar yang dimuat naik diterbitkan di laman web, pengguna laman web yang lain akan berpeluang melihat Gambar tersebut.
  3. Pihak Penganjur dan syarikat-syarikat yang terlibat tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kesilapan, ketinggalan, gangguan, pemadaman, kerosakan, kelewatan operasi atau transmisi, kegagalan talian komunikasi, kecurian atau kemusnahan, akses tanpa izin kepada, atau pemindaan oleh, komunikasi pengguna atau ahli, atau sebarang masalah atau kerosakan teknikal oleh mana-mana rangkaian atau talian telefon, sistem dalam talian komputer, pelayan atau pembekal, peralatan komputer, perisian, kegagalan emel atas sebab masalah teknikal atau kesesakan lalu lintas di internet dan/atau laman web.
  4. Penyertaan hanya boleh disertai di dalam Peraduan oleh ibubapa atau penjaga sah bayi/kanak-kanak yang dipaparkan di dalamnya. Sekiranya peserta menghantar penyertaan yang tidak menetapi syarat ini, penyertaan tersebut akan dibatalkan.
  5. Dengan menyertai Peraduan dan menghantar penyertaan, para peserta mengesahkan bahawa Gambar yang disertakan adalah milik peserta.
  6. Sebarang gambar yang dianggap tidak sesuai untuk Peraduan ini, di atas budibicara mutlak pihak Penganjur, akan dibatalkan daripada Peraduan ini. Gambar yang tidak sesuai termasuk, tetapi tidak terhad kepada:
    1. Pornografi, lucah, mengandungi elemen seksual atau yang melampau;
    2. Kandungan politik atau propaganda;
    3. Gambar yang memaparkan nombor plat kereta, nombor telefon atau alamat peribadi;
    4. Pencirian tidak sopan sebarang etnik, bangsa atau or kumpulan agama;
    5. Sebarang bahan pihak ketiga yang mungkin melanggar atau mencabuli hak cipta, tanda dagangan, logo, tanda yang boleh mengenalpasti sesuatu jenama atau hak milik lain mana-mana orang yang hidup atau mati (termasuk tetapi tidak terhad kepada hak privasi atau publisiti atau gambaran yang salah) atau entiti, atau yang boleh dibantah;
    6. Gambar yang melanggar atau mencabuli hak-hak individu lain atau undang-undang;
    7. Gambar yang memfitnah atau melanggar hak publisiti atau hak privasi mana-mana orang yang hidup atau mati, atau melanggar hak-hak peribadi atau hak milik mana-mana individu.

Semua Gambar yang dihantar tidak akan dikembalikan. Gambar-gambar yang diterima daripada para pemenang tidak boleh digunakan dalam mana-mana publikasi atau iklan untuk produk bayi tanpa kelulusan daripada pihak Penganjur terlebih dahulu.

Cara Pemilihan Pemenang dan Pengadilan

  1. Tujuh belas (17) bayi/kanak-kanak mengikut kategori akan disenarai pendekkan oleh pihak Penganjur untuk memasuki proses pemilihan akhir.
  2. Para peserta yang disenarai pendekkan akan dihubungi melalui telefon dan/atau emel dan akan dikehendaki untuk menghantar satu gambar bayi/kanak-kanak tersebut dalam masa lima (5) hari dari hari pemberitahuan. Maklumat mengenai gambar akan dimaklumkan kepada para peserta yang disenarai pendekkan semasa panggilan telefon atau di dalam emel.
  3. Proses pemilihan akhir akan dilakukan melalui pengadilan profesional oleh panel hakim yang dilantik oleh pihak Penganjur.
  4. Seorang (1) bayi/kanak-kanak dengan jumlah mata tertinggi akan memenagi Hadiah Utama [seorang (1) untuk pemenang dari kedai, farmasi, atau pasaraya, seorang (1) untuk pemenang dari Shopee/Lazada] manakala lima belas (15) bayi/kanak-kanak yang lain akan memenangi Hadiah Sagu Hati setiap satu untuk kategori tersebut.

Hadiah-hadiah

  1. Hadiah-hadiah Peraduan untuk setiap kategori adalah:
    1. Hadiah Utama x 1(Pemenang dari Shopee/Lazada): Baucar percutian berjumlah RM5,000.00, duta ekslusif Johnson’s baby di media sosial Johnson’s Baby selama 1 bulan bermula dari Ogos 2020 dan produk Johnson’s bernilai RM500.00.
    2. Hadiah Utama x 1(Pemenang dari kedai, farmasi, atau pasaraya): Baucar percutian berjumlah RM5,000.00, duta ekslusif Johnson’s baby di media sosial Johnson’s Baby selama 1 bulan bermula dari Ogos 2020 dan produk Johnson’s bernilai RM500.00.
    3. Hadiah Sagu Hati x 15: produk Johnson’s bernilai RM500.00 setiap satu.
  2. Klasifikasi peserta mengikut kategori dibuat berdasarkan umur bayi/kanak-kanak pada 15 Jun 2020 dan ditentukan oleh pihak Penganjur, atas budibicara mutlaknya berdasarkan tarikh pengadilan. Bayi/kanak-kanak mestilah dilahirkan di antara tarikh-tarikh di bawah untuk layak dimasukkan penyertaan untuk kategori-kategori berikut:
    1. Kategori 1 (0 bulan – 3 tahun): 15 Jun 2017 – 15 Jun 2020.
    2. Kategori 2 (>3 - 6 tahun): 1 Jan 2014 – 14 Jun 2017.
  3. Setiap keluarga hanya layak untuk memenangi satu (1) hadiah sahaja sepanjang Tempoh Peraduan.
  4. Semua pemenang akan diminta untuk memberikan pengenalan diri sebelum atau semasa penuntutan hadiah. Pihak Penganjur berhak atas budi bicara mutlaknya untuk menarik balik tanpa liabiliti sekiranya dalam pandangannya pemenang tidak sah, dibatalkan kelayakan, penyertaan tidak sah atau pemenang tidak memenuhi keperluan yang ditetapkan seperti yang dinyatakan dalam Terma dan Syarat ini.
  5. Para pemenang mungkin perlu memberi pengesahan bertulis penerimaan semua Terma dan Syarat Peraduan ini, serta pengesahan bertulis bagi penerimaan hadiah.
  6. Para pemenang bertanggungjawab ke atas semua cukai yang berkenaan dan perbelanjaan yang tidak dinyatakan dalam huraian hadiah.
  7. Para finalis akan dihubungi melalui telefon. Sekiranya peserta yang layak tidak dapat dihubungi pada cubaan pertama, contohnya, tidak menjawab telefon, nombor telefon tiada dalam perkhidmatan, tiada sambungan, dan lain-lain, dua (2) cubaan lain akan dibuat lagi dalam tempoh 24 jam yang berikutnya selepas cubaan pertama. Sekiranya percubaan-percubaan ini tidak berhasil, pihak Peganjur berhak untuk memilih finalis seterusnya yang layak. Pihak Penganjur tidak akan bertanggungjawab sekiranya finalis-finalis tidak dapat dihubungi atas sebarang sebab.
  8. Para finalis dikehendaki menghantar semua Bukti Pembelian melalui Pos Laju/kurier dalam tempoh tiga (3) hari bekerja dari tarikh pemberitahuan untuk pengesahan. Sekiranya gagal, pihak Penganjur berhak untuk membatalkan kelayakannya dan memilih finalis seterusnya sebagai gantian.
  9. Pihak Penganjur berhak untuk memilih pemenang yang lain sekiranya pihak Penganjur mempunyai alasan yang munasabah untuk mempercayai bahawa pemenang yang terpilih telah melanggar mana-mana Terma dan Syarat ini.

Hak Pihak Penganjur

  1. Pihak Penganjur berhak untuk membatalkan kelayakan pemenang peraduan bayi yang lain secara automatik.
  2. Pihak Penganjur berhak untuk menggantikan mana-mana hadiah dengan hadiah-hadiah lain yang sama nilainya tanpa sebarang notis terdahulu. Semua hadiah tidak boleh ditukar milik, tidak boleh dikembalikan dan tidak boleh ditukar untuk wang tunai. Nilai hadiah adalah betul pada masa pencetakan. Semua hadiah diberikan dalam 'keadaan sedia ada'.
  3. Penerimaan hadiah bermaksud keizinan diberikan kepada pihak Penganjur dan agensi-agensinya untuk menggunakan nama dan/atau Gambar pemenang untuk tujuan publisiti, pengiklanan dan/atau perdagangan tanpa sebarang bayaran pampasan atau notis.
  4. Dengan menyertai Peraduan ini, para peserta bersetuju untuk terikat dengan Terma dan Syarat rasmi serta segala keputusan Pihak Penganjur.
  5. Pihak Penganjur berhak untuk meminda, membatalkan atau menarik balik terma-terma Peraduan tanpa sebarang notis lanjut. Keputusan pihak Penganjur dan para hakim dalam apa jua aspek mengenai Peraduan ini, termasuk penentuan para pemenang dan pemilihan gambar-gambar untuk dipaparkan di majalah atau sebarang bentuk, adalah muktamad. Sebarang pertanyaan mengenai proses pemilihan pemenang tidak akan dilayan.
  6. Dengan menyertai Peraduan ini, para peserta memberi keizinan untuk memberi maklumat peribadinya dan pihak Penganjur berhak menyiarkan, menggunakan nama dan/atau gambar pemenang serta penyertaan mereka untuk tujuan publisiti, pengiklanan dan/atau perdagangan tanpa sebarang bayaran pampasan mahupun pemberitahuan dan setiap peserta tidak berhak membuat sebarang tuntutan ke atas penggunaan penyertaan tersebut oleh pihak Penganjur.
  7. Keputusan pihak Penganjur adalah muktamad. Sebarang surat-menyurat tidak akan dilayan.

Liabiliti dan Tanggungjawab

  1. Semua kos sampingan yang berkaitan dengan penerimaan atau penggunaan Hadiah, sama ada secara langsung atau tidak langsung, termasuk tanpa had caj, perbelanjaan, cukai, kos, pengangkutan, makanan, insurans, visa, dan lain-lain, adalah tanggungjawab mutlak para peserta.
  2. Pihak Penganjur dan entiti-entitinya tidak bertanggungjawab terhadap apa-apa kemalangan, kemudaratan, kerosakan, kerugian (termasuk tetapi tidak terhad kepada kerugian tidak langsung atau berbangkit) atau caj, kecederaan, keadaan yang tidak dijangka, dan apa-apa kesulitan atau apa-apa liabiliti lain dalam apa jua bentuk yang timbul melalui penyertaan Peraduan ini atau berkaitan dengan pemenuhan apa-apa hadiah, atau untuk sebarang perubahan dalam tarikh atau masa atau pembatalan yang mungkin menghalang pemenang yang dipilih daripada menerima hadiah asal yang ditawarkan atau mana-mana bahagian hadiah, atau untuk hadiah yang hilang atau dicuri.
  3. Para peserta melepaskan pihak Penganjur dan bahagiannya, sekutu, anak syarikat, cawangan, pengarah, pegawai, pekerja dan ejennya, serta semua yang lain yang berkaitan dengan pembangunan dan pelaksanaan Peraduan ini, dari dan terhadap mana-mana dan semua liabiliti berkenaan dengan atau dengan apa-apa cara yang timbul daripada Peraduan ini dan pemberian dan penggunaan, penyalahgunaan atau pemilikan hadiah, termasuk liabiliti bagi apa-apa kecederaan peribadi atau kematian peribadi kecuali jika dilarang atau dihadkan oleh undang-undang.

Notis Privasi

  1. Kami mengumpul maklumat peribadi anda, khususnya nama anda dan butiran perhubungan, untuk membolehkan anda menyertai Peraduan ini dan untuk tujuan pentadbiran berkaitan. Jika anda tidak memberi kami butiran tersebut, anda tidak dapat menyertai Peraduan ini. Tertakluk kepada beberapa pengecualian yang dibenarkan oleh undang-undang, anda boleh meminta akses kepada maklumat peribadi anda semasa kami mengekalkannya. Sebab mengapa akan diberikan jika akses ditolak. Maklumat peribadi anda akan dimusnahkan dengan selamat sebaik sahaja tempoh statutori atau pengekalan rekod lain tamat tempohnya. Dengan menyertai Peraduan ini, anda bersetuju dengan pemprosesan maklumat peribadi anda seperti yang dinyatakan dalam Terma dan Syarat ini. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai Polisi Privasi kami atau kebimbangan mengenai pemprosesan maklumat peribadi anda, sila hubungi hotline kami 1 800 222 565.
  2. Anda mengakui bahawa pihak Penganjur dan Rakan Peraduannya akan menyimpan Data Peribadi anda untuk tempoh masa yang munasabah untuk melengkapkan tujuan-tujuan di atas dan pihak Penganjur dan Rakan Peraduannya akan mematuhi Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 dan peraturan-peraturan privasi data lain yang berkaitan.
Back to Top