Skip to main content

Notis dan Persetujuan untuk Memproses Maklumat Peribadi

Dengan persetujuan anda, kami akan mengumpul, mengguna dan memproses maklumat peribadi anda dan bayi anda termasuk gambar-gambar dan rakaman video yang anda hantar kepada Syarikat (“Data Peribadi”) untuk tujuan-tujuan berikut:

  1. pendaftaran dan penyertaan anda dalam Peraduan Johnson’s Baby of the Year 2020 (“Peraduan”), termasuk pemilihan dan pengadilan penyertaaan;
  2. untuk tujuan pemasaran Syarikat termasuk, atas budi bicara eksklusif Syarikat, pengeposan bahan-bahan yang dinyatakan di bawah di akaun media sosial Syarikat Johnson’s Baby, dan
  3. dokumentasi Peraduan, termasuk liputan media yang mungkin oleh rakan media rasmi Syarikat.

Data Peribadi anda dan bayi anda akan dikongsi dengan dan diproses oleh pembekal perkhidmatan pihak ketiga dan rakan media rasmi Syarikat yang dilantik dan kakitangan masing-masing yang dilantik untuk Peraduan ini (“Rakan Peraduan”) dan akan disediakan kepada orang ramai (khususnya untuk ciri pengundian awam Peraduan), oleh itu, sila jangan masukkan sebarang maklumat peribadi dalam Data Peribadi anda yang anda mahukan kekal secara peribadi.

Anda mengakui bahawa Syarikat dan Rakan Peraduannya akan menyimpan Data Peribadi anda untuk tempoh yang munasabah untuk melengkapkan tujuan-tujuan di atas dan Syarikat dan Rakan Peraduannya akan mematuhi Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 dan peraturan privasi data lain yang berkaitan.

Anda mewakili bahawa mana-mana individu yang digambarkan dalam gambar atau video anda telah bersetuju secara khusus bahawa imej mereka dibenarkan / boleh diposkan di Servis ini. Anda mewakili selanjutnya bahawa anda adalah ibubapa atau penjaga sah bayi di dalam gambar-gambar dan rakaman video yang anda sertakan kepada Syarikat dan bahawa anda mempunyai kuasa untuk berbuat demikian..

Peraduan ini sedang didokumenkan. Anda mengakui dan bersetuju bahawa imej, gambar dan/atau rakaman video Peraduan dan di mana anda dan bayi anda mungkin disertakan / dimasukkan, boleh diambil sebagai sebahagian daripada fail dan dokumentasi Peraduan. Anda mengakui hak Syarikat untuk menggunakan atau penggunaan bahan tersebut, secara keseluruhan atau sebahagiannya dan dalam apa-apa bentuk atau cara. Anda juga mengakui bahawa bahan-bahan yang disebut terdahulu yang mendokumenkan Peraduan itu dimiliki oleh Syarikat dan boleh digunakan oleh Syarikat untuk aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan Peraduan dan kempen pemasaran Johnson’s Baby melalui akaun media sosial Johnson’s Baby. Anda secara khusus mengetepikan semua hak dan kepentingan, termasuk tetapi tidak terhad kepada mana-mana hak harta intelek, berbanding dengan mana-mana bahan dokumentasi Peraduan tersebut. Anda memahami bahawa, sebaik sahaja bahan Peraduan atau mana-mana bahagiannya termasuk Data Peribadi anda dan bayi anda diposkan atau dikongsi dalam media sosial tersebut, Syarikat tidak dapat mengawal bagaimana pengguna yang melihat akaun media sosial tersebut menggunakan Data Peribadi anda selanjutnya. Anda mengakui dan bersetuju bahawa Syarikat tidak mempunyai liabiliti untuk penggunaan Data Peribadi anda dan bayi anda yang tidak dibenarkan oleh pihak ketiga.

Kami akan menggunakan Data Peribadi mengikut Polisi Privasi kami.

Data Peribadi anda dan bayi anda akan dipindahkan ke negara-negara di luar negara tempat tinggal anda, termasuk Amerika Syarikat, yang mungkin menyediakan peraturan perlindungan data yang berlainan daripada di negara anda.

Anda boleh menarik balik persetujuan anda pada bila-bila masa.

 

Back to Top