Kebanyakan bayi mendapat ruam lampin sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh 3 tahun yang pertama. Bayi yang berumur 9 hingga 12 bulan, sudah tumbuh gigi dan mula makan makanan pejal atau mengambil antibiotik lebih mudah mendapatnya.
Lembapan yang terperangkap dan geseran yang berpunca daripada pergerakan di dalam lampin yang basah atau kotor boleh merengsakan kulit. Ini menyebabkan kemerahan dan kerengsaan di kawasan lampin. Apabila kulit sudah rosak, air kencing dan najis boleh menyebabkan kerengsaan itu bertambah teruk.
Tukar lampin bayi anda sebaik sahaja ia kotor. Bersihkan kawasan lampin bayi sebersih-bersihnya dengan tisu basah bayi, kain lembab atau losyen pencuci bayi yang sesuai. Sentiasa lap dari bahagian depan ke belakang.
AMARAN: Jauhkan bedak daripada muka kanak-kanak. Masalah pernafasan boleh berlaku jika serbuk halus produk ini memasuki saluran pernafasan. Elakkan daripada terkena mata. Untuk kegunaan luaran sahaja. Tutup dengan rapat selepas digunakan. Elakkan daripada tersentuh nyalaan api.
Artikel Berkaitan: Panduan tentang Ruam Lampin
Kembali ke Atas