Skip to main content

Dengan produk yang betul dan sedikit kesabaran, masa yang anda luangkan untuk menjaga rambut si kecil akan menjadi satu pelaburan yang besar. Sentuhan lembut anda dan haruman produk rambut bayi JOHNSON'S® yang tidak asing lagi itu akan membantu perkembangan si manja sambil mengeratkan ikatan anda berdua.

Berbanding rambut orang dewasa, rambut bayi lebih nipis dan lebih mudah menjadi kusut dan terputus. Berikut ialah beberapa petua yang berguna untuk menjaga rambut anak anda tanpa sebarang kekecohan dan air mata.

Jadikan Ia Menyeronokkan

Walaupun kebanyakan kanak-kanak kecil tidak suka rambut mereka dibasuh, lakukan yang terbaik untuk mengelakkan si kecil berasa takut akan pedih matanya. Nyanyi bersama-sama semasa anda mencuci rambutnya. Beritahu si kecil bahawa anda memberi dia urutan kepala sambil anda meratakan syampu di rambutnya. Biarkan dia meniup buih-buih syampu semasa anda berbuat demikian. Kuncinya ialah, alihkan perhatiannya.

Sikat Rambut Semasa Basah

Sebaik sahaja anda selesai mencuci dan merapikan rambutnya, sikat rambut itu dengan sikat bergigi jarang dan leraikan simpulan-simpulan kecil sebelum ia bertukar menjadi simpulan yang lebih besar. Jangan gunakan berus untuk menyikat rambut yang basah.

Berikan Potongan Rambut yang Sesuai

Jika potongan rambutnya sesuai, rambut si kecil agak mudah untuk dijaga. Jika anak anda mempunyai rambut yang keriting, potongan yang sesuai ialah potongan sama rata tanpa bahagian yang pendek di dahi. Jika anak anda mempunyai rambut yang sangat lebat atau ikal, potongan yang berlapis boleh membantu mengurangkan kekusutan. Sila berbincang dengan pendandan rambut tentang pilihan yang sesuai.

Melindungi Mata Anak Anda

Kanak-kanak kecil tidak suka jika ada benda memasuki matanya. Oleh itu, pertimbangkan untuk memakaikan visor, iaitu pelindung mata, di dahi si kecil atau bilas rambutnya sambil dia bersandar ke belakang ke arah anda supaya anda boleh mengelakkan air membasahi mukanya.

Mata bayi baru lahir masih terus berkembang. Berbanding mata orang dewasa, mata bayi kurang berkedip, kurang mengeluarkan air mata dan tindakan refleks untuk mengedipkan mata juga mengambil masa yang agak lama. Hal ini menjadikan mata bayi lebih mudah dimasuki bendasing dan menyebabkan kerengsaan.

Untuk masa mandi yang tenang tanpa sebarang kebimbangan, cuba <> kami dengan formula <> yang dirumus khas untuk bayi dan kanak-kanak kecil. Ia tidak merengsakan kulit kepala dan tidak memedihkan mata.’s®>

Lindungi daripada Kekeringan dan Cas Elektrostatik

Jika si kecil mempunyai rambut yang keriting, ada kemungkinan rambut itu akan menjadi kusut-masai dalam cuaca hujan atau lembab. Manakala, rambut yang lurus boleh tertarik ke atas atau ke tepi dalam cuaca yang sejuk dan kering. Cuba dandan rambut anak anda dengan mengikat.

Perhatikan Simpulan

Kadangkala rambut yang lebat dan keriting menjadi kusut dengan mudah. Untuk memudahkan anda menyikat dan menguraikan kekusutan, pertimbangkan untuk menggunakan syampu 2 dalam 1 yang menjadikan tugas mencuci dan merapi menjadi satu tugas yang jauh lebih mudah.

Lindungi rambut yang panjang sepanjang malam - jangan biarkan rambut si kecil disepit atau diikat sepanjang malam. Jika rambutnya terlalu panjang, anda boleh menocangkan rambut anak anda sebelum dia tidur.

Hanya Gunakan Produk yang Lembut

Rambut bayi dan si kecil adalah sangat berbeza berbanding rambut orang dewasa. Ia memerlukan produk yang sangat berbeza berbanding produk rambut kita untuk kekal bersih dan sihat. Untuk menjaga rambut anak anda, penting bagi anda untuk menggunakan produk lembut dengan bahan-bahan ringan yang dirumus khas untuk bayi atau anak kecil. Gunakan syampu yang diperkaya dengan perapi untuk rambut si manja yang halus dan sensitif itu.

Puji penampilan si kecil dan gunakan peneguhan yang positif untuk membantu menggalakkan rutin menjaga dan mendandan rambut. Dengan penjagaan rambut yang betul, anda boleh membantu menghilangkan kekusutan dan menjadikan tugas menyikat lebih mudah bagi anda berdua.

Memandikan Bayi Anda

Pelajari langkah-langkah yang perlu diambil semasa memandikan si manja.

Jika bayi anda keguguran rambut, itu adalah normal. Lawati BabyCenter® untuk mempelajari cara mengurangkan rambut “bertompok-tompok”.

Para ibu di seluruh dunia yakin dengan penjagaan bayi oleh JOHNSON’S®

Kami bekerjasama dengan para ibu, pakar penjagaan kesihatan dan saintis bagi memastikan produk kami terus mencapai piawaian tertinggi dalam keselamatan, kualiti dan penjagaan.

Back to Top